Kereta Polis Diserang Sekumpulan Remaja

Kereta Polis Diserang Sekumpulan Remaja. Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat

Kereta Polis Diserang Sekumpulan Remaja | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Seperti yang kita tahu, semlam 25 Disember merupakan Hari Natal yang disambut sebahagian rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Dalam kemeriahan sambutan tersebut, telah berlakunya kekecohan di beberapa kawasan termasuk di Kuantan dimana sekumpulan remaja bertindak menyerang dan melakukan khianat kepada kenderaan awam termasuk kereta peronda Polis. Ikuti laporan penuh.

Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis yang berada di sekitar pusat peranginan Pantai Teluk Chempedak, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, sekumpulan remaja terbabit bertindak mengganggu pengguna jalan apabila menyembur buih ke arah kereta yang melalui kawasan tersebut.

Susulan perbuatan kumpulan terbabit, ada pemandu kenderaan terlibat menghubungi pihak polis untuk mengawal dan meleraikan kumpulan remaja itu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sebuah kereta peronda bersama dua anggota polis di kerah ke lokasi dan mendapati keadaan sesak dipenuhi orang ramai yang berkumpul di kawasan tersebut.

Menurutnya, kehadiran kereta peronda di kawasan itu gagal menyuraikan kumpulan terbabit sebaliknya mereka bertindak menahan dan menyembur buih sabun dan melontar tin, batu dan botol air mineral ke arah kenderaan polis itu.

“Dua anggota polis dalam kenderaan itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meminta bantuan memandangkan keadaan agak tidak terkawal.

“Susulan kejadian, polis menahan tiga remaja berusia 16 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan,”katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, semua suspek bagaimanapun tiada rekod jenayah namun mereka terpaksa ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Sabtu depan.

Mohd Haris berkata, akibat kejadian kereta peronda mengalami kerosakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta peronda terbabit kemek di bahagian belakang sebelah kiri dan kanan akibat disepak, lampu belakang sebelah kiri retak, cermin depan retak dan berlekuk di bonet depan akibat dibaling objek keras.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan,” katanya. – Sinar Harian

Dr Fuh – Mungkin niat mereka untuk bersuka ria dan sekadar ‘prank’ tetapi sangatlah tidak bertempat perlakuan itu.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments