Keputusan PRK DUN Kajang 2014

Keputusan PRK Dun Kajang 2014 Pilihan Raya Kecil dewan undangan negeri di Kajang 1 lawan 1 iaitu Wan Azizah dari PKR menentang Chew Mei Fun dari parti BN

Keputusan PRK DUN Kajang 2014 | Nampaknya bahang kehangatan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang kian terasa. Dr Fuh yang tinggal di kajang ni pon terasa bahangnya. Seperti biasa, bendera kedua-dua belah parti memenuhi segenap ruang tepi jalan terutamanya jalan-jalan yang berdekatan kawasan perumahan seluruh Kajang. Ceramah dan kempen tak usah disangkal, boleh kata tiap-tiap hari calon sendiri akan turun padang.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini dijangka diumumkan selewat-lewatnya pukul 9 malam, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

“Sekiranya proses pengundian dan pengiraan undi berjalan lancar pada hari berkenaan, keputusan itu akan dibuat paling lewat pun pukul 9 malam,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat pengundian awal di Rumah Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan 240 botol dakwat kekal untuk dicelup pada setiap jari pengundi di kesemua pusat mengundi seluruh DUN Kajang pada 23 Mac.

“Kami menyediakan jumlah itu sama seperti dua PRK lepas iaitu di Sungai Limau, Kedah dan Kuala Besut, Terengganu,” katanya.

Keputusan PRK Dun Kajang 2014 Pilihan Raya Kecil dewan undangan negeri di Kajang 1 lawan 1 iaitu Wan Azizah dari PKR menentang Chew Mei Fun dari parti BN

Jumlah pengundi di DUN Kajang seramai 39,278 orang, termasuk 1,197 anggota polis dan pasangan yang mengundi hari ini.

Menurut Abdul Ghani setakat pukul 11 pagi tadi, seramai 560 orang ataupun 45% daripada jumlah pengundi awal menjalankan tanggungjawab mereka di tiga saluran mengundi iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan IPD Kajang.

“Kami mempunyai 24 petugas SPR di ketiga-tiga lokasi itu untuk memantau proses pengundian awal dan sebanyak tujuh botol dakwat kekal SPR disediakan untuk pengundian awal hari ini,” katanya.

Abdul Ghani berkata proses pengundian awal yang bermula pukul 8 pagi itu, dijangka selesai pada 4.30 petang dan peti undi akan dikumpul dan dihantar ke lokap Balai Polis Bangi.

“Kami akan mengumpulkan peti-peti undi itu ke lokap Balai Polis Bangi dan di lokap mesti ada prosedur polis.

“Kalau sesiapa hendak duduk bersama peti undi kena pakai baju lokap dan ikut peraturan lokap…kami akan mengasingkannya daripada peti undi biasa dan akan dikeluarkan pada 23 Mac nanti untuk pengiraan,” katanya.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.

Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.

SPR menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa. – Bernama

Dr Fuh – In Shaa Allah Dr Fuh akan update keputusan PRK DUN Kajang secepat mungkin. Sama-sama kita berdoa agar perjalanan proses pengundian berjalan lancar dan tiada pergaduhan atau pertumpahan darah berlaku. Diharap penyokong-penyokong kedua-dua parti yang bertanding tidak mencetuskan kekecohan dengan melakukan provokasi.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments