Keputusan Perseorangan Final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark 2013

denmark-2013.jpg

Keputusan Perseorangan Final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog Fuh.My yang setia dan budiman. Kali ini Luna ingin berkongsi Keputusan Akhir Perlawanan Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark antara Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long . Seperti yang kita ketahui ,Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark telah berlansung selama 6 hari mulai 15 Oktober 2013 – 20 Oktober 2013 di Denmark. Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran keenam tahun ini apabila layak ke final pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark.

Lee Chong Wei ,selaku juara bertahan, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk mengalahkan pemain China Du Penyu dengan keputusan 20-22, 21-6 dan 21-15 pada perlawanan separuh akhir, Sabtu lalu.

Manakala, pemain kedua dunia, Chen Long menempah slot ke final apabila dengan mudah menyingkirkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-18 dan 21-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

LCW VS CL

Datuk Lee Chong Wei telah mara ke final dan akan menentang pemain China, Chen Long pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark malam ini. Saksikan secara lansung  perlawanan Lee Chong Wei menentang Chen Li di Astro Arena (801) dan Astro SuperSport 4 (817) malam ini pada jam 11.00 malam waktu Malaysia. 

Untuk rekod, Chong Wei pernah meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun.

Sebelum ini, beregu emas negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tersingkir daripada kejohanan bernilai US$400,000 (RM1.262 juta) itu apabila kalah kepada gandingan baharu Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dalam perlawanan suku akhir, Jumaat.-BERNAMA

Lee Chong Wei VS Chen Long

KEPUTUSAN TERKINI

keputusan terkiniKeputusan Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark 2013 .

Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur  dengan ketangkasan  Chen Long  dengan straight set  dalam masa yang agak singkat iaitu 68 minit.

Dengan kemenangan itu, Chen Long membawa pulang US$30,000 (RM94,710) ,manakala Datuk Lee Chong Wei selaku naib juara membawa pulang hadiah sebanyak US$15,000 (RM47,986.40)

Info : Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BDF), Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 dari 11 hingga 15 Disember ini.

Nota Luna Nana : Walaupun Datuk LCW gagal menggondol gelaran juara dalam kejohanan kali ini ,beliau masih ada peluang untuk memperbaiki prestasinya untuk perlawanan Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 ini pada bulan Disember yang akan datang. Go Lee Chong Wei!! Go Malaysia!!! Akhir kata, majulah sukan untuk negara.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Keputusan Perseorangan Final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark 2013”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh.my,

    sedih LCW kalah… kepada cheng long…

    xper LCW kalah sekali bukan bererti kalah selama nyer teruskan perjuangan mu mengangkat martabat mutu badminton malaysia di mata dunia.

    mselim3
    mselim3 recently posted…6 Telaga-Telaga Bersejarah Di MadinahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge