Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau

PRK-DUN-Sungai-Limau+Fuh.my_.jpg

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil PRK Sungai Limau | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang Dr Fuh hormati dan kasihi. Seperti yang kita ketahui, pada hari ini telah berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Kedah.

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ini berlaku kerana Pulangnya Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah pagi ini menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) kedua bakal diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PRK pertama di DUN Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai lalu.

Allahyarham Tan Sri Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau memenangi kerusi tersebut pada PRU13 lalu dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru.

Beliau yang mewakili PAS memperolehi 13,294 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan.

Dijangkakan seramai 27,222 pengundi berdaftar di DUN Sungai Limau akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi hari ini bagi memilih kepimpinan baru di DUN tersebut.

Sehingga jam 4 petang tadi, lebih 75% penduduk berdaftar telah membuang undi mereka untuk menentukan pemimpin yang layak untuk memimpin di Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Kedah.

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau akan diumumkan selewat-lewatnya jam 10 malam ini. Sama-sama kita nantikan keputusannya. Dr Fuh akan update secepat mungkin keputusan yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau

Keputusan Tidak Rasmi PRK DUN Sungai Limau – PAS menang DUN Sg Limau dgn undi 12,069, BN (10,985) dan majoriti 1,084 undi. -bernamaradio24-

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN Sungai Limau – PAS menang DUN Sg Limau dgn undi (12, 069), BN (10,985 ) dan majoriti 1,084 undi.

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau. Result PRK DUN Sungai Limau, Update Terkini Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau, Siapa Menang?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil PRK DUN Sungai Limau”

  1. kucinghitam says:

    bagus la kalau bersih

  2. jalil rashid says:

    alhamdullah syukur kehadrat allah swt.,, semoga kefahaman islam dpt d kembangkan dgn meluasnya tanpa sekatan, sebagaiman yg sengaja di buat olih peminpin tertinggi umno. yang di bawah tukang angok…

  3. Alhamdulillah.. Apa yg penting, semoga pemimpin yg dipilih sendiri oleh rakyat ini dapat berkhidmat sebaiknya untuk rakyat..
    Aniqbukhary32 recently posted…Satu penghargan buat Antz Pictures StudiozMy Profile

  4. kucinghitam says:

    DAH BOLEH AGAK DAH PUN HEHE

  5. khairol says:

    pemimpin sekarang kena belajar dari kepimpinan dulu ..dulu melayu kaki angguk…akhirnya tanah tergadaii baru nak sedak………..jgn jadi kepimpinan melayu selepas merdeka ..Melayu mudah lupa..sebab itu dah 50 tahun merdeka melayu x ada apa…yang kaya tu 10% yang dok jadi kuku besii peringkat atasan saja lahhh….kaya kerana politik ..x heran punn kalau politik mereka hanyutt…dgn kita kita hanyuttt………Balik Pulau Bayan Lepass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge