Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 28 AJL28

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 28, AJL28, Juara AJL28, Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 28 2014, Senarai Nama Pemenang AJL28, #AJL28, Keputusan Rasmi AJL28

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 28 AJL28 | Juara AJL28 | Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 28 2014 | Debaran kian terasa, siapakah diantara 12 peserta akhir Anugerah Juara Lagu Ke 28 AJL28 2014 bakal menggondol trofi bagi kategori-kategori yang dipertandingkan!

Pastinya banyak persoalan yang bermain di fikiran anda termasuklah, siapa yang bakal merangkul gelaran juara AJL28, persembahan terbaik dan juga vokal terbaik?

12 finalis yang telah berentap sebentar tadi dalam Anugerah Juara Lagu Ke 28 ialah Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Alyah (Kau Yang Terindah), Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Black (Takkan Terpisah), Hafiz Suip (Bahagiamu Deritaku), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara), Hyper Act (Hanya Aku), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif, Sleeq & Shamkamarul (Sahabat), Salammusik (Aku Pelat) dan Stacy (Bosan).

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 28 AJL28

Persembahan Terbaik – Hafiz Suib (Bahagiamu Deritaku)

Vokal Terbaik – Jaclyn Victor (Ikut Rentakku)

Tempat Ke-3 – Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya)

Tempat Ke-2 – Hyper Act (Hanya Aku)

Juara Anugerah Juara Lagu Ke 28 – Hafiz Suib (Bahagiamu Deritaku)

Program malam ini turut menyaksikan penampilan sulung pasangan hos Muzik Muzik 28 iaitu, AG dan Scha Al-Yahya.

Melihat senarai ini, memang sukar untuk meramalkan juara AJL28 kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri dari sudut lagu dan persembahan.

Namun, menerusi komen peminat di laman sosial dan portal hiburan, ramai yang menjangkakan Hafiz akan mengulangi semula pencapaiannya merangkul trofi Vokal Terbaik AJL28 seperti yang dilakukannya sejak tiga tahun lalu.

Dari segi persembahan pula, mungkin ramai yang ternanti-nanti kemunculan Alyah berdasarkan yang pernah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJL ke-26 dengan lagu ‘Kisah Hati’nya.

AJL yang bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair dan memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik ini bakal mengetengahkan tema dan konsep ‘Game On’ yang memberi fokus kepada elemen grafik dan imej.

Secara tidak langsung, ia mampu memberi cabaran kepada para finalis untuk memperlihatkan kreativiti masing-masing dalam persembahan mereka.

Memetik kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, perjalanan program ini juga akan disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam kepada penonton.

Dari segi hadiah pula, Juara Lagu AJL28 akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000, manakala naib juara dan tempat ketiga akan meraih wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Persembahan Terbaik pula akan memenangi RM10,000 dan Vokal Terbaik, RM10,000.

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke 28 AJL28

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments