PENTING!! Kenali Ciri-Ciri Barangan Daripada Kulit Babi

kulit-babi.jpg

PENTING!! Kenali Ciri-Ciri Barangan Daripada Kulit Babi | Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

PENTING!! Kenali Ciri-Ciri Barangan Daripada Kulit Babi

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.

PENTING!! Kenali Ciri-Ciri Barangan Daripada Kulit Babi. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi..

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.

Dr Fuh – Sekadar perkongsian. Memang banyak sekarang barangan yang diperbuat dari kulit babi tapi tiada label dari pihak peniaga. Biasanya da label “Pig Skin Lining” kalau tak salah Dr Fuh. Jadi berhati-hatilah kita semua dalam memberi sesuatu. Periksa betul-betul dan tanya peniaga atau promoter betul-betul. Kalau tak yakin jangan lah beli. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “PENTING!! Kenali Ciri-Ciri Barangan Daripada Kulit Babi”

  1. Norhazlina says:

    Perghh…memang kena perhatikan betul2 kalau nak membeli…
    Kalau peniaga dah siap2 letak tanda “pig skin” takper…ni ramai yg nak kaut untung tak mengira sensitiviti kaum lain…
    TQ atas sharing infonya…
    Norhazlina recently posted…AYU INSYIRAH: segmen:kunjung-mengunjung bersama ayuinsyirahMy Profile

  2. Daxx says:

    Apa yang paling basic kita kena tahu, TIGA TITIK.
    Daxx recently posted…Kesihatan: Shisha Berbahaya Atau Sebaliknya?My Profile

  3. noname says:

    awat dok kalut sangat pasal babi ne ? najis ker babi ne ?

    1. SilenceBlogz says:

      ni soalan cepu mas ni… pendek akal jek bunyinya
      SilenceBlogz recently posted…Video Suami Pukul Isteri Dalam LiftMy Profile

  4. SilenceBlogz says:

    dah tau pasal ni tapi kdg kita terlupa bila dah ada kat kedai kasut… so dah ada info ni jgn buat2 lupa pulak..
    SilenceBlogz recently posted…Video Suami Pukul Isteri Dalam LiftMy Profile

  5. Yana Sakura says:

    Info yang berguna..thanks Dr Fuh..
    Dah tau nie bole la praktik masa nak beli barang2 kulit… =)

    Klu utama 3 titik cm segi tiga…
    Yana Sakura recently posted…Kebesaran Al- QuranMy Profile

  6. vcore says:

    nice info

  7. katanajeeb says:

    yes..hati2.. ada seorang kawan pernah tertipu, beli kasut online, kata faux leather…. tetapi ropa2nya… kulit oik oik..

    to noname,
    kalau rasa info ni takde keperluan dan tidak najis bagi kamu….better silent lah…
    Susah kalau ada orang tak tolerate macam kamu. Elakkan provokasi.
    FYI, ia najis sebab.. dari segi perspektif Islam boleh didefinasikan kepada tiap-tiap benda yang kotor iaitu tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat ia mengerjakan solat.
    Babi kategori najis berat, Najis mughallazah. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Jadi ia menganggu kesucian solat kami, orang Islam.
    katanajeeb recently posted…Berkorban di AidilAdhaMy Profile

    1. manzili says:

      klw corak polkadot kat kasut tu cmne?sbb mmg scara xsngaja ad bntk tu

  8. nurulsikin says:

    mohon share ya 🙂

  9. manzili says:

    klw mmg corak kasut tu polkadot cmne?sbb mmg secre xsngaja memang ad bntk tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge