Kemalangan Ngeri Dekat Senawang – Hilang 2 Nyawa Selang 2 Jam

kemalanganngeri.png

Kemalangan Ngeri Dekat Senawang – Hilang 2 Nyawa Selang 2 Jam | Innalillah – Seremban: Memilukan apabila nyawa dua beranak melayang selang dua jam 20 minit dalam dua kemalangan ngeri di Kilometer 247.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Senawang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, kemalangan mengorbankan Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, yang cedera parah di kepala selepas kereta Hyundai Atos dipandu ibunya, Widayati Abdol Aziz, 41, hilang kawalan.

Kemalangan mengorbankan Muhammad Shafiq itu dipercayai berlaku selepas kereta dipandu Widayati dari Melaka menghala ke rumah mereka di Klang, Selangor bersama dua lagi anaknya, Muhammad Shazwan Mohd Yusob, 17, dan Mohd Shahir Mohd Yusob, 11, melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan kereta itu berpusing lalu melintang di tengah lebuh raya.

Saksi kejadian, Jamal Mohd Mustafa, 52, berkata, ketika kejadian dia dari Putrajaya menghala ke Pedas terkejut sebaik melihat mayat dan kereta dalam keadaan remuk di tengah lebuh raya.

“Saya memberhentikan motosikal mengawal lalu lintas bagi mengelak kenderaan lain menggilis mayat itu berikutan ketika kejadian hanya terdapat tiga petugas lebuh raya selain kawasan itu menuruni bukit dan gelap. – myMetro

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Kemalangan Ngeri Dekat Senawang – Hilang 2 Nyawa Selang 2 Jam”

  1. Zuan says:

    hurm.. bahaya.. ada juga beberapa kali dengar kemlangan di tol senawang, memang dekat dengan tmpat bro
    Zuan recently posted…#KUM2013: Konvensyen Usahawan MuslimMy Profile

  2. Yana Sakura says:

    Innalillahiwainnailaihirajiun….bhya bwk lelaju kat lebuhraya nie..hurm…nk2 kt selekoh..b4 berjalan jauh hope servis la dulu kereta korang ye..supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge