Kemalangan Ngeri – 3 Maut Terhumban Dalam Sungai

Kemalangan Ngeri – 3 Maut Terhumban Dalam Sungai | MELAKA – Tiga maut dan seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam sungai dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh Lama, Ayer Keroh awal hari ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Ahmad Adnan Basri berkata kemalangan berlaku pukul 3.30 pagi apabila kereta yang dipandu Chong Jun Wen, 19, menuju ke Jalan Tun Razak terbabas ketika melalui selekoh berhampiran Stadium Mini Bistari.

Kejadian itu meragut nyawa Chong serta dua rakannya Wong Wei Hao, 22, dan Ng Kee Kang, 20, dipercayai akibat lemas, manakala Liew Yu Yang, 20, mengalami kecederaan pada kaki kanan, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Ahmad Adnan, semua mangsa berasal dari Parit Keliling, Asahan, Jasin dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata semua mayat berjaya dikeluarkan oleh Unit Skuba Bomba Melaka pada 4.15 pagi dan mayat dihantar ke Hospital Melaka.

Kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari Balai Bomba Ayer Keroh, katanya. – Bernama

Sinar Harian

Berhati-hatilah ketika memndu tidak kira dimana, dan bila masa sekalipun. Maut tidak megira masa, siapa dan dimana. Takziah kepada keluarga-keluarga mangsa

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments