Kemalangan Ngeri – 2 Sahabat Maut Bertembung Lori Di Jerteh

kemalangan-maut-jerteh.jpg

Kemalangan Ngeri – 2 Sahabat Maut Bertembung Lori Di Jerteh | BESUT: Dua sahabat karib yang merupakan kakitangan Universiti Kolej Bestari (UKB) Setiu maut dalam kemalangan apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di kilometer 92 Jalan Kuala Terengganu Jerteh hari ini.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kelantan itu dikenali sebagai Wan Noor Fadhliaton Wan Mohd Fauzan, 33, yang juga merupakan pemandu kereta jenis Kenari yang berasal dari Tumpat manakala rakannya Nor Azura Husain, 36, dari Jalan Bayam Guchil, Kota Bharu.

Nor Azura ialah seorang pensyarah bidang kejururawatan manakala Wan Noor Fadhliaton pula merupakan Ketua Pustakawan di universiti yang sama.

Ketika mengesahkan kejadian itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Wan Noor Fadhliaton meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala Nor Azura pula meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk dirawat di Hospital Daerah Besut.

Kejadian itu berlaku pada 7.45 pagi semasa mereka sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke tempat kerja di Pak Kacil, Setiu apabila bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya Wan Noor Fadhliaton yang memandu kereta tidak dapat mengelak lori tangki itu yang dipercayai terbabas lalu bertembung sehingga menyebabkan beliau dan rakannya Nor Azura tersepit di dalam keretanya yang remuk.

Enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Jerteh mengambil masa 15 mint memotong bahagian pintu kereta yang remuk bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori tangki minyak yang belum dikenali pasti itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang daripada rakan kedua-dua mangsa, Wan Faezah Wan Abd Ghani, 26, yang ditemui di tempat kejadian berkata Wan Noor Fadhliaton dan Nor Azura merupakan sahabat karib yang sering berkongsi kereta untuk ke tempat kerja dari Kelantan sejak lebih 8 tahun lalu.

Biasanya mereka berdua akan sampai di tempat kerja sebelum 8 pagi dan sering melalui Jalan Kota Baharu ke Setiu tanpa sebarang masalah, katanya. – AstroAwani

Innalillah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Kemalangan Ngeri – 2 Sahabat Maut Bertembung Lori Di Jerteh”

  1. shaila says:

    Ya Allah…sedihnya…nak dekat raya pulak tuu…Al-fatihah…semoga roh mereka dicucuri rahmat..amin…
    shaila recently posted…Resepi Ayam BerempahMy Profile

  2. sheeda says:

    ya allah..sedih dgn pemergian lecturer kami tersebut..beliau teramat berjasa kpd kami.semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman..amin…al-fatihah

  3. Juan Jadin says:

    Saya dan keluarga dengan berat hati saya mengucapkan takziah kpd Sdr. Wan Fauzan dan Nik Shukriah serta Sdr Husain/Isteri di atas ‘pemergian’ Along(Wan Noor Fadhliaton) dan Nor Azura dlm nahas ini. Kami turut bersedih di atas ‘pemergian’ mereka. Semoga TUHAN mencucuri Rahmat-NYA ke atas roh-roh Allahyarmah2 yang pulang kpd-Nya.Tabahkan hati; kita terima dgn relahati kehendak-Nya kerana TUHAN menyayangi mereka lebih drp kita. Drp.Ckg Juan n Klrga.

  4. kucinghitam says:

    DEKAT2 RAYA NIE BNYAK LA XCIDENT KENA BERHATI2
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  5. kucinghitam says:

    inalillah takziah buat keluarga mangsa
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge