Kemalangan Maut Di Mukah Sarawak 6 Terbunuh

kemalangan-maut-di-mukah.jpg

Kemalangan Maut Di Mukah Sarawak 6 Terbunuh  MUKAH: Enam orang termasuk bayi lelaki berumur sembilan bulan, terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux dan kereta di Km113 Jalan Sibu-Bintulu pada Rabu.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Serhan Suaib, 35, dari Kampung Simunul, Semporna, isterinya Dayang Norhayati Tusin, 30, anak lelaki mereka Danish Nurhan, sembilan bulan, adik Norhayati, Norafizah Tusin, 23, dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri, dua tahun.

Kemalangan Maut Di Mukah

Kemalangan Maut Di Mukah Sarawak 6 Terbunuh, Kemalangan Ngeri, 6 Terbunuh Termasuk Bayi, Kemalangan Di Km113 Jalan Sibu-Bintulu, Gambar Kemalangan

Kelima-lima mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa, Napsiah Hassan, 61, penumpang Toyota Hilux yang dipandu suaminya, Ali Kamat, disahkan meninggal dunia di klinik kerajaan di Tepus, UluSelangau.

Ali, yang berasal dari Kampung Medong, Dalat, di bahagian Mukah, tidak cedera, bagaimanapun cucu lelakinya berumur empat tahun patah kaki.

Ketua Polis Mukah, DSP Omar Bakhtiar Yaacob berkata, polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh orang awam pada 8.10 pagi.

Beliau berkata, kenderaan pikap itu dalam perjalanan dari Miri ke Kuching manakala kereta pula dalam perjalanan ke Limbang dari Sibu apabila kemalangan itu berlaku.

Katanya, punca kemalangan masih disiasat.

Pada Selasa, tiga orang terbunuh dalam kemalangan di Km114 jalan yang sama. – BERNAMA

mStar Online

Dr Fuh – Innalillah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka semua. Al-Fatihah. Semoga kita dilindungi oleh Nya. Berhati-hatilah dijalan raya!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Kemalangan Maut Di Mukah Sarawak 6 Terbunuh”

  1. vcore says:

    Innalillah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge