Kelebihan Menjadi Seorang Isteri Yang Harus Kita Ketahui

kelebihan-menjadi-seorang-isteri.jpg

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri Yang Harus Kita Ketahui | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada pembaca-pembaca bolog Dr Fuh yang tak seberapa ni. Tadi Dr Fuh ada terjumpa satu artikel yang sangat manfaat dan boleh dijadikan motivasi kepada semua orang tertamanya kepada para isteri dan juga bakala-bakali isteri. Silakan baca dan jangan lupe share ye 🙂

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

Allah SWT berfirman. Maksudnya :

“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.” (Surah an-Nisaa’ ayat 34).

Wallahualam

Dr Fuh – beruntungnya jadi wanita 🙂

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Kelebihan Menjadi Seorang Isteri Yang Harus Kita Ketahui”

  1. hafiz says:

    Ganjarannya syurga buatnya
    hafiz recently posted…Komisyen ke 2 JobdirumahMy Profile

    1. kucinghitam says:

      yup betul sorg isteri solehah mmg sng mndpt syurga
      kucinghitam recently posted…PENGKID DIBURU POLIS KERANA MEMBAKAR RUMAH GFMy Profile

  2. kucinghitam says:

    wanita nie mmg sng nak dpt syurga tp sng juga nak dpt neraka
    kucinghitam recently posted…PENGKID DIBURU POLIS KERANA MEMBAKAR RUMAH GFMy Profile

  3. marlina says:

    Nak jadi isteri solehah…Ya Allah bantulah hambamu ini…

  4. Rina says:

    mantaps –pengetahuan yang wajib saya tahu—terimakasih sudah memerikan pencerahan
    Rina recently posted…baju gamis modern BUK0016My Profile

  5. yaya says:

    nak jadi isteri yang solehah bukan senang , banyak dugaan yang perlu ditempuhi ,, 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge