Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

al-quran-al-kahfi.jpg

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari JumaatSurah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”

(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.

Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”

dan

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.

Wallahua’alam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

14 thoughts on “Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat”

  1. Carlos Santiago says:

    mmg ramai yg xtahu.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Gediks – Nellydia Senrose (Comel) Terima Jika Jodohnya Qi RazaliMy Profile

      1. kucinghitam says:

        setuju gak hehe
        kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

    1. kucinghitam says:

      memang ramai yg xambik tau sbb x diberitahu
      kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

  2. Denaihati says:

    besar sangat fadhilatnya yang harus direbut dan moga kita tak terlepas baca.
    Denaihati recently posted…Mari belajar buat blog dengan WordPressMy Profile

    1. kucinghitam says:

      yup byk surah yg besar fadilat tp xpnh tau
      kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

    1. kucinghitam says:

      maha besar Allahuakbar
      kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

  3. kucinghitam says:

    lepas nie kena amalkan la
    kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

  4. Mohon kongsi ilmu ini di laman sosial FB kami “In Reality Life”. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan Allah SWT kerana menyampaikan ilmu Allah

  5. undentifiedsubject says:

    Assalamu’alaikum.
    Saya just nak berkongsi sesuatu.
    Tentang surah yaasin dan surah alkahfi
    Kita rakyat msia kalau ikut adat setiap khamis malam jumaat, dan jumaat baca surah yaasin, sedangkan tak ada hadith kukuh,
    Kalau kita lihat surah alkahfi ni, hadith menyebutkan bhw akan diberikan cahaya dr jumaat ini sampai jumaat minggu depan.
    Tapi x salah utk membaca surah yaasin, dpt pahala juga 🙂
    Surah kahfi pun 🙂
    Saya hanya ingin berkongsi pandangan.
    Yg baik itu dtgnya dr Allah, dan kelemahan itu dtg dr diri sy sendiri.
    😀
    Jom baca surah kahfi dan surah yaasin pada khamis mlm jumaat atau hari jumaat.

  6. We appreciate you another insightful blog. Exactly where in addition could I get that kind of real information printed in a very best strategy? I’ve a challenge that i’m purely now operating on, i have already been for the consider similarly info.

  7. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh…
    jazakallahu khayran kasira utk perkongsian ini… mmg bermanfaat…
    Di sini sy turut nak kongsikan… Tips utk Menghabiskan Surah Al-Kahfi ni pd hr Jumaat bagi mereka2 yang sibuk…
    http://marvix8.wordpress.com/2013/10/31/tips-menghabiskan-surah-al-kahfi/

    Semoga bermanfaat…

  8. Tareeq Annas says:

    Terima kasih .. semoga dapat dimanfaatkan bersama:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge