Kelantan Vs Pahang Final Piala Malaysia 3 November 2013

kelantan+vs+pahang+final+fuh.my_.jpg

Kelantan Vs Pahang Final Piala Malaysia 3 November 2013 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Seperti yang kita ketahui pada malam hari Ahad ini akan berlangsungnya pertembungan 2 paskuan gergasi dalam saingan peringkat Akhir Piala Malaysia 2013.

Kelantan yang diberi jolokan nama The Red Warriors telah menewaskan ATM dengan aggregate 4-3 semasa perlawanan Separuh Akhir Piala MAlaysia 2013 Kelantan Vs ATM telah melayakkan mereka menempah tiket ke perlawanan akhir menentang pasukan Pahang atau pasukan Tok Gajah yang telah menewaskan pasukan Sarawak.

Perlawanan akhir Kelantan Vs Pahang Piala Malaysia 2013 ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan memiliki kelebihan masing-masing. Walaupun dilihat pasukan Kelantan lebih berpengalaman dalam perlawanan akhir, pasukan Kelantan tidak seharusnya mendabik dada kerana pasukan Pahang dijangka bakal menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka.

Perlawanan ini akan ditayangkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena 801. Perlawanan antara dua pasukan dari Pantai Timur ini sudah semestinya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Hal ini dibuktikan apabila lebih 80,000 tiket perlawanan Akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam habis licin.

Semoga pa penyokong memberi sokongan padu kepada pasukan kegemaran masing-masing dan tiada pergaduhan mahupun provokasi berlaku sepanjang perlawanan. Dikhabarkan lebih 2,000 anggota polis dan rela dikerahkan untuk mengawal suasana di Stadium Shah Alam disamping pemantauan dari udara dengan menggunakan helikopter juga dibuat sebelum perlawanan, semasa perlawanan dan juga selepas perlawanan.

Majulah sukan untuk Negara Malaysia!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Kelantan Vs Pahang Final Piala Malaysia 3 November 2013”

  1. Saya pilih pahang menang… hehe . Sebab hr tu saya sempat pegi Stadiun darul Makmur n layanan org pahang memang the best.. Pahang menang 2-1 🙂 Majulah sukan untulk negara 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Satu penghargan buat Antz Pictures StudiozMy Profile

  2. mslvoe says:

    Why la buat kt stadium shlam.. last time kitaorg penduduk di section 13 mgalami kesusahan nak masuk kawasan rumah. Sesuka hati parking tanpa pikir kete yg hendak lalu-lalang. Memang dugaanlah ahad nie nanti.

  3. kucinghitam says:

    kenapa la sekarang banyak pemain import

  4. ang says:

    pukul brape start nih……………………………………………this is the damn!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge