Kelantan Vs Pahang 25 Jun 2013 Liga Super

kelantan-vs-pahang.jpg

Kelantan Vs Pahang 25 Jun 2013 Liga Super | Pada malam ini akan berlangsungnya satu lagi perlawanan Liga Super 2013 di antara dua pasukan Pantai Timur iaitu pasukan Kelantan FA Vs Pahang FA iaitu pada jam 8:45 malam ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

Perlawanan diantara pasukan Kelantan Vs Pahang 25 Jun 2013 ini merupakan perlawanan pusingan kedua Liga Super 2013 dimana masing-masing telah terikat dengan kedudukan 2-2 pada perlawanan pusingan pertama pada 23 Februari 2013 yang lalu di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang.

Dari atas kertas, kedua-dua pasukan dilihat seimbang dan mereka memiliki kekuatan masing-masing. Namun kelebihan dilihat berpihak kepada pasukan Kelantan yang bermain di tempat sendiri dan sudah semestinya mendapat sokongan padu dari penyokong pasukan mereka sendiri.

Kelantan Vs Pahang 25 Jun 2013, Live Streaming Kelantan Vs Pahang, Siaran Langsung Dan Keputusan Penuh Kelantan Vs Pahang, Liga Super 2013, Jaringan Gol

Dalam lima perlawanan terakhir mereka juga dilihat amat seimbang dimana kedua-dua pasukan mengutip tujuh mata daripada keseluruhan 15 mata iaitu dengan memenangi dua perlawanan, tewas dua perlawanan dan seri satu perlawanan.

Pasukan Kelantan dan juga Pahang yang akan bertembung pada malam ini dilihat bakal menurunkan pemain terbaik mereka. Tapi ada juga kemungkinan pasukan kelantan menyimpan beberapa pemain utama mereka untuk menghadapi Final Piala FA 2013 menentang pasukan Johor Darul Takzim pada 29 Jun 2013 ini.

Walaubagaimana pun sama-sama kita saksikan perlawanan ini yang akan disiarkan secara langsung melalui siaran Astro Arena 801 pada malam ini. Diharapkan perlawanan ini berlangsung dengan tenang dan menarik serta tiada sebarang provokasi untuk mencetuskan pergaduhan atau seumpamanya dan diharapkan juga semua penyokong menanam semangat kesukanan yang tinggi dan menyokong dengan cara yang betul.

Dr Fuh menjangkakan perlawanan dimenangi oleh pasukan Kelantan FA dengan jaringan 2 berbalas 1. Hehehe sama-sama kita nantikan. Apa pula kata anda?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

16 thoughts on “Kelantan Vs Pahang 25 Jun 2013 Liga Super”

  1. Gergasi pantai timur sekali lagi berentap. Pewwww
    Carlos Santiago recently posted…BAN LBGT – Perkahwinan Lesbian Di Westbro Baptist Church Yang BADASSMy Profile

  2. hafiz says:

    mesti penyokong pahang berbelah bagi kerana “kuasa pantai timur” bertembung…
    hafiz recently posted…Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs Felda UnitedMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kenapa plak nk belah bagi sokong negeri sendiri la haha
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  3. Anuar says:

    Dua gergasi Bola sepak pantai timur akan berentap… Diharap kedua-dua pasukan dapat mempersembahkan perlawanan yang menarik… 😉
    Anuar recently posted…Contest SEO : MyKad Smart ShopperMy Profile

    1. kucinghitam says:

      harap2 la kalo x sure frust org beli tiket
      kucinghitam recently posted…RUMAH TERBAKAR ALMY NADIAMy Profile

  4. Perghhhh! pening la mcm ni… dua-dua wa minat ni… tak pe la klw mcm tu wa kekal sokong Chelsea jer la ekekek kbai jan mare 😛

      1. kucinghitam says:

        JDT xtermasuk dlm entri ini la bro
        kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

        1. Daxx says:

          Sama la jugak macam chelsea dekat atas ni bro.
          Daxx recently posted…Wow! Aktiviti Banduan Jahit Pakaian WanitaMy Profile

    1. kucinghitam says:

      nasib xminat bola hahaha
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  5. Denaihati says:

    mesti best games ni lah. sama-sama kita tunggu malam ni.
    Denaihati recently posted…Sally Yen Menghina IslamMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tido la awal hahahaha
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  6. Ummar Farouk says:

    Bolehlah layan…
    Ummar Farouk recently posted…Konflik Di Syria Telah Berjangkit Ke LebanonMy Profile

    1. kucinghitam says:

      layan jangan x layan bro
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge