Kelantan Vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 29 Jun 2013

Kelantan-vs-Johor-Darul-Takzim-Final-Piala-FA-2013+fuh.my_.jpg

Kelantan Vs Johor Darul Takzim

Pada malam esok iaitu hari Sabtu bersamaan dengan 29 Jun 2013 akan berlangsungnya perlawanan Final Piala FA 2013 di antara pasukan Kelantan Vs Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pertembungan diantara dua gergasi bola sepak Malaysia ini iaitu antara pasukan Harimau Selatan dan juga The Red Warriors(TRW) sudah semestinya bakal menjadi tumpuan media serta buah mulut rakyat jelata. Pertembungan ini boleh diklasifikasikan sebagai pertembungan antara musuh tradisi bagi musim ini.

Jika dilihat dari segi statistik pertembunagn mereka, pasukan Kelantan dilihat mempunyai kelebihan berbanding pasukan Johor Darul Takzim FC  (dahulunya dikenali sebagai Johor FC) dimana pasukan kelantan telah memenangi 3 perlawanan dalam 7 perlembungan mereka manakala JDT hanya menang sekali sahaja dan selebihnya seri sebanyak 3 kali.

Walau bagaimana pun, pasukan JDT yang lebih sesuai diberi jolokan Manchester City Malaysia dikatakan telah melakukan rombakan besar dalam pasukannya pada musim ini dimana JDT menjadi kelab pertama membelanjakan wang paling besar untuk pembelian pemain dan telah merubah fenomena bolasepak tempatan kita.

Kelantan Vs Johor Darul Takzim Final Piala FA

Perlawanan ini dilihat lebih menarik apabila ada desas desus mengatakan dua orang pemain terbaik dari pasukan JDT bakal dihadiahkan kereta Audi Q7 sekiranya JDT memenangi perlawanan akhir tersebut. Berlainan pula dengan pasukan The Red Warriors, tiada jaminan hadiah super lumayan pon dijanjikan setakat ini dan mereka cuma dibekalkan semagat juang dan semangat kecintaan terhadap negeri “Serambi Mekah” itu. Tapi berdasarkan pengalaman lalu, habuan atau rezeki bakal menyusul buat semua pemain Kelantan sekiranya mereka memenangi perlawanan Akhir Piala FA itu cuma tidak diwar-war kan atau tiada jaminan apa-apa dari kerajaan negeri lagi.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Arena 801 pada jam 8:45 malam. Bagi yang takde Astro tu mungkin perlawanan akan ditayangkan di saluran RTM TV1. Dr Fuh pon tak pasti. Untuk menonton live streaming perlawanan Kelantan Vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 2013 ni Dr Fuh takde sediakan link. Kalau nak tengok korang boleh la google sendiri. Hahaha

So korang sokong pasukan mana? Dr Fuh minat 2-2 pasukan tapi Dr Fuh sokong Kelantan laa. Hehehe. Tak kisah lah sokong pasukan mana pon, asalkan kita jangan terlalu obses sehingga mencetuskan pergaduhan semasa menyokong. Itu namanya TAKSUB. Allah marah tahu! Jadi sama-sama lah kita memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Kelantan Vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 29 Jun 2013, FA Cup Final 2013, Kelantan Vs JDT piala FA akhir, Live Stream, Keputusan Final Piala FA 2013

Kelantan Vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 29 Jun 2013, FA Cup Final 2013, Kelantan Vs JDT piala FA akhir, Live Stream, Keputusan Final Piala FA 2013

“Penyokong Berintegriti, FAM Suci, Sukan Berkualiti”

Salam hormat dari Dr Fuh

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

16 thoughts on “Kelantan Vs Johor Darul Takzim Final Piala FA 29 Jun 2013”

  1. memandangkan somi org johor jadi aku sokong JOHOR la la la la la

    1. kucinghitam says:

      hahaha sokong suami ek dapat apa2 ka haha
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  2. harap harap tiada kejadian yang tak diingini berlaku ketika perlawanan berlangusng…

    1. kucinghitam says:

      hope so jangan ada kucing masuk berak lgi hahaha
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  3. kucinghitam says:

    xminat bola saja nak komen gak hahaha
    kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  4. fuyyooooo…. mencanak malam ni yeop
    Potia Casadelarossa recently posted…Live Streaming Johor Darul Takzim (JDT) VS lawan Kelantan 29 Jun 2013My Profile

    1. Dr Fuh says:

      hahaha..mana ada, biasa ja..kalau live streaming lain laa..hehehe 🙂

      1. kucinghitam says:

        fuh memang femes xpyh streaming2
        kucinghitam recently posted…KELANTAN TEWASKAN JOHOR DARUL TAKZIM PIALA FAMy Profile

    2. kucinghitam says:

      tula mencanak trafik fuh mlm nie hehehe
      kucinghitam recently posted…KELANTAN TEWASKAN JOHOR DARUL TAKZIM PIALA FAMy Profile

  5. terbaik lah… mantop…
    Potia Casadelarossa recently posted…TONTON LIVE STREAMING KELANTAN VS JOHOR JDT 29 JUN 2013My Profile

    1. kucinghitam says:

      nak mantop lagi pesan vimax ngn sy hehehe
      kucinghitam recently posted…KELANTAN TEWASKAN JOHOR DARUL TAKZIM PIALA FAMy Profile

  6. Bidadari says:

    Semestinya sokong kelantan. Gomo kelate gomo. Sekarang kelantan tengah leading. Tengok macam permainan JDT terumbang-ambing..
    Bidadari recently posted…Telatah :Degil tu takpe, asalkan jangan makan pedas banyakMy Profile

    1. kucinghitam says:

      gomo2 la dah menang 2 thn dah
      kucinghitam recently posted…KELANTAN TEWASKAN JOHOR DARUL TAKZIM PIALA FAMy Profile

  7. juara piala fa 2013 says:

    Bo lawe setaro demo…gomo kelate gomo

    1. kucinghitam says:

      tak pahe demo kecek gapo
      kucinghitam recently posted…KELANTAN TEWASKAN JOHOR DARUL TAKZIM PIALA FAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge