Kelantan Vs ATM 25 Oktober 2013 Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia

kelantan-vs-ATM-25-oktober-2013.jpg

Kelantan Vs ATM 25 Oktober 2013 Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia | Pada malam ini akan berlangsungnya satu pertembungan hebat antara dua pasukan gergasi bola sepak tanah air iaitu pasukan Kelantan Vs ATM FC. Pertembungan ini merupakan pertembungan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2013 setelah pasukan Kelantan menundukkan pasukan ATM dengan jaringan 2 berbalas 1 ketika bertembung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lepas.

Perlawanan Kelantan Vs ATM 25 Oktober 2013 ini akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan. Sepak mula dijangkakan pada jam 8.45 malam. Tiket-tiket untuk para penyokong menyaksikan perlawanan ini sudah pun habis dijual.

Perlawanan malam ini pastinya menjadi lebih menarik apabila pasukan ATM yang turun dengan semagat yang tinggi demi menuntut bela diatas kekalahan di tempat sendiri sekaligut untuk memastikan mereka layak untuk ke peringkat akhir Piala Malaysia 2013.

Live Streaming Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2013, Kelantan Vs ATM 25 Oktober 2013, Keputusan Kelantan Vs ATM Separuh Akhir Kedua, Piala Malaysia 2013

Namun demikian, pasukan Kelantan bukanlah calang-calang pasukan untuk ditewaskan dengan sewenang-wenangnya tambahan pula mereka bermain gelanggang keramat dimana perlawanan ini disaksikan puluhan ribu penyokong mereka sendiri. Pastinya pemain pasukan Kelantan tidak mahu menghampakan penyokong mereka yang ingin melihat mereka beraksi dipentas akhir Piala Malaysia 2013.

Berikut merupakan kesebelasan kebarangkalian akan diturunkan oleh kedua-dua pasukan pada malam ini

KELANTAN

Fahmi
Farisham – Obinna – Nik Shahrul – Zairul
Zairo – Badhri – Shakir – Norfarhan
Indra – Nwakaeme

Vs

ATM

Farizal
Reuben – Shukor – Norfazly – Irwan
Christie – Martelotto – Affize – Elphi
Hairuddin – James

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui TV 1 dan juga Astro Arena 801. Live streaming boleh dilihat melalui laman rasmi Live Streaming TV 1 dari RTM.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Kelantan Vs ATM 25 Oktober 2013 Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia”

  1. kucinghitam says:

    ramai yang cakap game semalam dah macam game final

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge