Keji! Janda Dirogol Secara Berkumpulan Sebagai Satu ‘Hukuman’

Keji! Janda Dirogol Bergilir-gilir Sebagai 'Hukuman' Menjalinkan Hubungan Dengan Suami Orang

Keji! Janda Dirogol Secara Berkumpulan Sebagai Satu ‘Hukuman’ | Lagi cerita penyalahgunaan kuasa orang Islam. Zyra benci betul manusia yang menggunakan nama Islam untuk buat perkara terkutuk ni. Militan lah, pengganas lah tapi tak buat perkara-perkara yang elok mengikut syarak pun. Setakat membusukkan nama Islam je. Seperti berita di bawah yang berlaku di Banda Acheh, Indonesia. Walau seteruk mana pun kesalahan seseorang itu dari segi undang-undang Islam, kita tidak sepatutnya meletakkan hukuman yang tidak sepatutnya kepada pelaku.

Seorang janda berbangsa Indonesia yang dirogol secara berkumpulan oleh lapan orang ‘ahli rukun tetangga’ sebagai satu hukuman kerana mengadakan hubungan sulit dengan lelaki yang telah berkahwin, kini akan lebih menderita apabila bakal dirotan di khalayak ramai.

Kesemua perogol tersebut menangkap pasangan itu ketika mereka menyerbu masuk ke rumah janda tersebut di utara daerah Banda Acheh dan telah menuduh janda itu ‘melakukan hubungan seks terlarang’ bersama lelaki tersebut yang berusia 40 tahun. Pasangan kepada wanita malang itu kemudiannya diikat dan dipukul, manakala dia dirogol secara bergilir-gilir. Kemudian kedua-dua mereka disimbah dengan sebaldi air longkang.

Keji! Janda Dirogol Bergilir-gilir Sebagai 'Hukuman' Menjalinkan Hubungan Sulit

Hanya setelah wanita yang ketakutan itu dibawa ke balai polis oleh penyerangnya dan dilaporkan melanggar undang-undang Shariah yang ketat berkenaan seks dengan pasangan berkahwin, barulah diketahui bahawa dia telah dirogol. Tiga daripada rukun tetangga tersebut segera ditahan atas dakwaan merogol manakala lima lagi rakan mereka melarikan diri – tetapi itu tidak menghalang polis daripada mengenakan hukuman rotan kerana melanggar undang-undang agama.

“Wanita dan lelaki tersebut akan dirotan kerana mereka telah melanggar undang-undang agama berkenaan hubungan seksual,” kata Ibrahim Latif, ketua pejabat Shariah di timur bandar Langsa kepada Jakarta Globe. Dia memberitahu bahawa fakta berkenaan wanita tersebut yang telah dirogol tidak akan dipertimbangkan dalam memberikan hukuman untuk jenayah keagamaan yang telah didakwa dilakukan olehnya. Ibrahim turut memaklumkan bahawa wanita tersebut dan pasangannya itu telah mengaku pernah beberapa kali mengadakan hubungan seks walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.

Mengikut undang-undang keagamaan, wanita tersebut dan kekasihnya perlu menghadapi 9 kali pukulan rotan setiap seorang dan hukuman tersebut akan dijalankan di hadapan khalayak ramai. Tiga perogol yang ditahan – termasuk seorang lelaki berusia 13 tahun – akan menerima bilangan pukulan yang sama jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Shariah. Akan tetapi mereka didakwa di mahkamah jenayah. Pemburuan lima lagi perogol masih diteruskan.

Keji! Janda Dirogol Bergilir-gilir Sebagai 'Hukuman' Menjalinkan Hubungan SulitIni bukan kali pertama di Acheh dimana wanita dituduh menjalinkan hubungan dengan ‘lelaki yang tidak berkenaan’ – lalu terus dirogol. Di bandar yang sama, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun telah dirogol oleh tiga orang pegawai polis Shariah pada Januari 2010 setelah ditangkap membonceng motosikal bersama teman lelakinya. Ketua polis Shariah pekan itu kemudiannya dipecat dan dua dari tiga perogol tersebut dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun. Perogol yang ketiga, menurut Jakarta Globe, tidak pernah ditangkap.

Bab hukum hudud tu Zyra terima, tapi bab rogol tu?? Tahulah perempuan tu semua bersalah tapi apahal pulak yang pergi rogol diorang? Alasan je nak puaskan nafsu sendiri, huhh.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments