Kejam! Ibu Tunggal Dirogol Jiran Sendiri

kes-rogol1.jpg

Kejam! Ibu Tunggal Dirogol Jiran Sendiri | Nampaknya semakin banyak kes rogol diberitakan beberapa hari ini. Terbaru, seorang wanita yang juga ibu tunggal telah mendakwa dirogol oleh jirannya sendiri. Ikuti berita penuh yang dipetik dari laman Sinar Harian.

Seorang ibu tunggal yang menolak cinta jiran sekampungnya hidup dalam keadaan trauma selepas dirogol lelaki itu semasa dalam perjalanan ke kebun getah di Kampung Menteri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke kebun getahnya yang terletak kira-kira 700 meter daripada rumahnya dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, wanita itu terpaksa memberhentikan motosikalnya selepas mendapati titi kecil di parit dekat kebun itu dialihkan.

“Tetapi, sebaik sahaja mangsa turun daripada motosikal, suspek telah memeluk belakang mangsa dan mengikat kaki, tangan dan mulut serta menutup muka mangsa sebelum bertindak merogol mangsa.

“Suspek kemudiannya meletakkan senjata tajam di leher mangsa dan mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya mangsa bertindak melawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, mangsa hanya berjaya membuka ikatan dan menyelamatkan diri selepas hampir satu jam suspek melarikan diri.

Katanya, mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

Dipercayai, suspek yang beberapa cuba memikat mangsa sebelum ini bertindak ganas selepas cintanya ditolak mangsa.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali.

“Kita sudah menahan suspek semalam (kelmarin) di Jalan Mengkarak ketika cuba melarikan diri dan suspek ditahan reman selama enam hari mulai hari ini (semalam) sebelum dijangka didakwa Jumaat ini,” kata beliau. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Kejam! Ibu Tunggal Dirogol Jiran Sendiri”

  1. Dunia semakin kepenghujung, semakin pelik plak perangai2 manusia nie.. 🙁
    Aniqbukhary32 recently posted…Pemain T-Team bersumpah depan Al-Quran – Adakah dibenarkan dalam agama?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge