KECOH : Jadikan Sebagai Iktibar

image1.jpg

KECOH : Jadikan Sebagai Iktibar | SHAH ALAM – Umno disarankan mengambil iktibar daripada kekecohan yang berlaku pada pemilihan kelmarin bagi mengelak perkara sama berlaku semasa proses pemilihan Sabtu depan sejajar dengan transformasi yang dilaksanakan dalam parti itu.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, sebenarnya isu kecoh atau tidak puas hati itu perkara biasa.

Beliau berkata, perkara itu mungkin berlaku kerana kelewatan untuk hantar borang, tidak puas hati dengan pengurusan, salah faham dan sebagainya.

“Mungkin juga sebab format baru diperkenalkan bagi pemilihan kali ini. Jadi tidak semua arif dengan sistem itu walaupun sudah banyak kali melakukan pemilihan. Banyak yang mereka boleh belajar daripada apa yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, transformasi yang mahu dilaksanakan dalam Umno perlu mengambil kira walaupun melibatkan perkara kecil parti.

“Transformasi itu boleh dikatakan sentiasa berlaku dalam Umno, memandangkan banyak perkara baru yang mahu diperkenalkan, mungkin mengambil sedikit masa.

“Pentingnya transformasi juga mesti diambil kira, tapi jangan sampai mengabaikan sesetengah perkara. Umno perlu menjadi parti mengikut arus pemodenan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan kaedah baru diperkenalkan dalam Umno sebenarnya berjaya mengurangkan politik wang berbanding sebelum ini.

“Memang pun perubahan format ini untuk membersihkan daripada politik wang, jadi setakat ini ianya memang terlaksana. Kalau pun ada mungkin sedikit sahaja.

“Pemilihan kali ini dapat membuktikan ketelusan perwakilan untuk membuat pilihan siapa yang mahu diangkat mereka,” katanya.

Antara insiden yang dilaporkan semasa pemilihan Umno Sabtu lalu menyaksikan empat perwakilan dari Cawangan Sungai Paloh tidak berpuas hati semasa mesyuarat Perwakilan Wanita Bahagian Gua Musang dan seorang daripadanya bertindak melemparkan mikrofon sebagai rasa tidak berpuas hati kerana senarai 21 calon ahli jawatankuasa Wanita Umno bahagian ditolak pada hari penyerahan borang.

Manakala Persidangan Umno Bahagian Tampin kecoh apabila seramai 99 ahli Pemuda Umno bahagian bertindak meninggalkan dewan ketika mesyuarat berlangsung sebagai tanda protes berikutan permohonan untuk membuat pengiraan semula 10 nama yang akan menghadiri Persidangan Umno Bahagian 19 Oktober ini ditolak.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “KECOH : Jadikan Sebagai Iktibar”

  1. semua berlaku adalah sebab sifat kurang sabar & tidak memahami peraturan la kot.. Makcik baling mic tak boleh terima dia takde rezeki utk bertanding.kekekekeke
    lekatlekitgurl recently posted…WANITA MISTERI MELAWAT USTAZ KAZIM SEMASA SAKITMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge