Kebangangan Apakah Ini? Tetak Kepala Pesaing Perniagaan Kerana Dengki?

tetak-kepala.jpg

Kebangangan Apakah Ini? Tetak Kepala Pesaing Perniagaan Kerana Dengki? | KUALA LUMPUR: Seorang wanita penjual daging kambing bertindak ganas apabila menetak pesaing perniagaannya menggunakan parang akibat iri hati gerai jualan lelaki itu lebih laris, sekali gus menyebabkan pendapatannya terjejas.

Dalam kejadian itu di Pasar Borong Selayang, di sini, pada jam 7 pagi kelmarin, mangsa berusia 38 tahun menerima lebih tujuh jahitan di muka akibat ditetak wanita terbabit yang berusia lewat 30-an.

Sumber polis berkata, kedua-dua peniaga terbabit warga tempatan yang berniaga di pasar borong berkenaan sejak lebih setahun lalu dan gerai jualan daging kambing mereka terletak berdekatan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang berniaga sebelum suspek menghampirinya sambil membawa parang. Belum sempat mangsa bertanya tujuan kedatangannya, dia menghayun parang tepat mengenai muka kiri mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek berulang kali menghayunkan parang menyebabkan mangsa melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah selepas cedera di muka.

“Mangsa dibawa beberapa rakan ke Hospital Selayang (HS) bagi mendapatkan rawatan dan menerima lebih tujuh jahitan di muka,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, dan dalam laporannya, dia mendakwa suspek wanita terbabit sudah beberapa kali mengganggunya kerana iri hati. Suspek sebelum ini beberapa kali membuat bising di hadapan kedainya selain mengugut untuk membunuhnya, namun mangsa tidak mempedulikan perbuatannya itu.

“Mangsa mengesyaki suspek menyerangnya kerana marah dan iri hati disebabkan gerai mangsa lebih laris manakala gerai suspek kurang dikunjungi pelanggan menyebabkan pendapatannya terjejas,” katanya.

Sumber itu berkata, sehingga kini mangsa masih dirawat di HS dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan masih dilakukan.

Dr Fuh – Duit punya pasal, bunuh pon tarak hal punya. Dunia Dunia!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “Kebangangan Apakah Ini? Tetak Kepala Pesaing Perniagaan Kerana Dengki?”

  1. Ummar Farouk says:

    Oleh itu, jgn ade sikap dengki pd semua org… sekian…
    Ummar Farouk recently posted…Kisah Seekor Tikus Dengan Seorang Ahli SihirMy Profile

    1. Kalau ye pun, jangan la tetak sampai macam tu sekali…
      Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  2. Bidadari says:

    Tak boleh dengar sebelah pihak. Mesti ada sesuatu yang buat perempuan tu hilang pertimbangan macam tu.. Saya peniaga, jadi saya tahu kalau macam ni mesti ada tak kena. Mesti ada something yang buat perempuan tu jadi macam tu..
    Bidadari recently posted…Telatah : Siput dalam Badan Saya!My Profile

    1. Dr Fuh says:

      mungkin juga, tapi kawal perasaan sama..kalau dia tetak pastu mati orang tu sia-sia je hidup 🙂
      Dr Fuh recently posted…e-Pangkat Online KPM Aplikasi Semakan Kenaikan Pangkat MoEMy Profile

      1. Rasanya yg buat tu mst melayu ngn melayu kan… ? Nie la masalah kita dari sulu lg suka dengki dengan kejayaan org lain..
        Aniqbukhary32 recently posted…Seakan tak percaya terlihat kelibat Mona Fendi di DamansaraMy Profile

    2. gaban says:

      betul tu..kalo ada sesuatu pun tak semestinya peniaga tu kena selesaikan dengan menetak org…

      1. Benda boleh bincang maa.. nak tetak dapat ape?? kalau mati org tu, tali gantung la jawabnya…
        Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  3. xanz says:

    kecil2 cili padi..
    besar2 cili bengala..
    org rugi selalu dengki..
    org baik ditetak kapla..

    dunia2

    1. Cantik punya pantun.. kena situasi 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  4. orang sekarang ni kepala orang, leher orang, jadi tempat lepaskan geram… sesuka hati jer tetak… hurm apa nak jadi la…

  5. ni ada masalah mental & masalah jiwa tak tenteram ni.. Kena taubat nasuha bersihkan hati tu. Kalau dah perniagaan kurang laris cuba kaji balik kenapa bukan salahkan pesaing. dalam dunia perniagaan mesti ada persaingan. kalau tak boleh terima persaingan jangan meniaga
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR PAK GUARD YANG MEMBUNUH PEGAWAI BANK DAN MEROMPAKMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge