Kebaikan Susu Ibu Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Susu-Ibu.jpg

Kebaikan Susu Ibu Yang Mungkin Kita Tidak Tahu | Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca fuh.my. Hari ini Fyna ingin kongsikan artikel berkaitan dengan kebaikan susu ibu. Seperti sedia maklum susu ibu ini memang banyak khasiat dan kebaikannya.

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.

Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.

Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa.

Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan.

Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibu.

SUMBER

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Kebaikan Susu Ibu Yang Mungkin Kita Tidak Tahu”

  1. NOREHAN SAAD says:

    susu ibu memang susu terbaik.Anak-anak saya semuanya penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun.Alhamdulillah….terima kasih dengan perkongsian ini….buatlah pilihan yg trbaik utk ank-ank
    NOREHAN SAAD recently posted…LINGKARAN GELAP BAWAH MATA HILANG DENGAN ESP SHAKLEEMy Profile

  2. Che Matt says:

    Susu ibu memeang terbaik. Berusahalah untuk memberikan susu ibu untuk anak2 kerana mereka berhak mendapatkannya dari ibu mereka. Para suami kena bagi sokongan untuk isteri menyusukan anak2 kita. Mungkin susah pada mulanya tapi setelah mencuba dan berdoa, in shaa Allah ada jalannya.
    Che Matt recently posted…OMEGAGUARD SHAKLEE | MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge