Keadaan Terkini Banjir Di Pahang Dan Terengganu

Keadaan Terkini Banjir Di Pahang, Terengganu Dan Johor. Keadaan banjir di Pahang, Terengganu dan banjir di Johor semakin pulih dengan semakin ramai....

Keadaan Terkini Banjir Di Pahang Dan Terengganu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Nampaknya berita banjir masih lagi menjadi topik utama di media massa terutamanya di media-media sosial. Keadaan terkini banjir di Pahang dan Terengganu dilaporkan mencatat perubahan. Ikuti berita penuh dibawah ini.

Banjir di Terengganu kembali pulih setelah 22 mangsa daripada lapan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Marang pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Marang merupakan daerah terakhir di negeri ini bebas daripada musibah itu.

Banjir yang melanda Terengganu sejak 2 Disember lepas menyebabkan daerah Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Setiu terjejas.

Di PAHANG, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri itu bertambah sedikit kepada 5,870 berbanding 5,566 orang yang direkod malam tadi.

Ini berikutan air banjir yang mula surut di kawasan hulu Pahang mengalir ke daerah Pekan.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,497 keluarga itu ditempatkan di 55 pusat pemindahan dari 48 penempatan di empat daerah yang terjejas akibat banjir.

Daerah Pekan masih merekodkan jumlah penempatan mangsa tertinggi iaitu 4,,347 orang di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (736 orang di empat pusat), Maran (724 di 12 pusat) dan Bera (63 di dua pusat). – Bernama

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments