Kapal Kargo Berlanggar Dan Tenggelam – 11 Kru Hilang

Kapal Kargo Berlanggar Dan Tenggelam - 11 Kru Hilang. Seorang diselamatkan manakala 11 kru kapal sebuah kapal kargo dari China dikhuatiri hilang

Kapal Kargo Berlanggar Dan Tenggelam – 11 Kru Hilang | Kebelakangan ini banyak peristiwa-peristiwa sedih yang meragut banyak nyawa di seluruh dunia. Mungkin ini satu peringatan dari Allah S.W.T kepada kita yang lalai dan semakin lupakan Dia. Diantara yang terbesar adalah Kehilangan MH370 dan juga Feri Karam di Korea

Terbaru, Seorang diselamatkan manakala 11 kru kapal sebuah kapal kargo dari China dikhuatiri hilang apabila kapal yang dinaiki telah berlanggar dengan sebuah lagi kapal kargo sebelum tenggelam berdekatan perairan Hong Kong hari ini.

Jurucakap bomba memberitahu kemalangan tersebut berlaku pada awal pagi berhampiran Pulau Po Toi yang berada dalam wilayah Hong Kong.

“Dua kapal kargo itu bertembung dan menyebabkan salah satu daripada kapal tersebut karam dan 12 orang dipercayai masih hilang, kata pihak berkuasa kepada AFP.

“Seorang kru kapal walau bagaimanapun telah berjaya diselamatkan dan telah dikejarkan ke hospital. Operasi mencari dan menyelamat masih lagi dipergiatkan untuk mencari mangsa yang masih hilang,”.

Perairan Hong Kong merupakan laluan kapal yang sangat sibuk dimana ratusan kapal-kapal dagang hinggalah ke sampan kecil menggunakan laluan di perairan itu.

Pada Oktober 2012, sebuah kemalangan antara sebuah feri dan bot telah menyebabkan 39 orang terkorban dalam apa yang disfatkana sebagai kemalangan maritime paling terburuk sepanjang 40 tahun.

Malah, tragedi itu juga mengejutkan hab kewangan Asia itu, salah satu daripada pelabuhan tersibuk di dunia dan mempunyai rekod keselamatan yang baik.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments