Kanak-Kanak Kristian Dipenjara Seumur Hidup Kerana Hina Islam

kanak-kanak-kristian-dipenjara.jpg

Kanak-Kanak Kristian Dipenjara Seumur Hidup Kerana Hina Islam | Tadi Dr Fuh ada terbaca satu berita luar negara dari blog rakan Dr Fuh AbgTeror.Com berkenaan budak kristian di Pakistan dipenjara Seumur Hidup kerana menghina Islam. Jom kita baca artikel penuh yang Dr Fuh petik dari Utusan Malaysia sebelum Dr Fuh buat sedikit ulasan berkenaan kes ini.

Kanak-Kanak Kristian Dipenjara Seumur Hidup Kerana Hina Islam

ISLAMABAD 16 Julai – Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam.

Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000).

Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama.

Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan. – DPA – Utusan

Dah baca? So apa pendapat korang jika dikaitkan dengan kes hina Islam di Malaysia?

Dr Fuh – Hmmm. Tengok negara luar punya tindakan. Sangat tegas. Itu baru kanak-kanak yang cuma menghantar mesej (SMS). Tapi yang dekat malaysia ni siap buat poster lagi persenda bulan Ramadhan, buat kenyataan terbuka di Facebook tanpa sedikit pun perasaan hormat dan takut.

Lagi satu kes terbaru Remaja Cina dibogelkan kerana Hina Islam dan membuat pengakuan mmencampakkan bangkai babi di hadapan surau iaitu rumah Allah. Apa tindakan pihak berkuasa? Denda RM5000?? Penjara setahun?? Adakah dengan tindakan atau hukuman seringan itu boleh memastikan perkara ini tidak berulang lagi?? Sapa boleh jawab??

Kenapa pihak berkuasa masih simpan lagi orang-orang macam ni?? Mereka takkan pernah serik selagi hukuman berat tidak diambil. Malah akan lebih ramai mengikut jejak langkah mereka ini! Tak percaya?? Tunggu lah..

Apa kata anda pula?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “Kanak-Kanak Kristian Dipenjara Seumur Hidup Kerana Hina Islam”

  1. hina Islam.. minta maaf.. takde tindakkan tegas untuk buat dorang serik akan datang dorang akan buat & buat lagi.. tak orang yang sama, orang lain akan tiru sebab dorang tahu apalah sangat denda rm5k & penjara setahun tu.. rasanya kena lebih tegas
    lekatlekitgurl recently posted…KENAPA ORANG TAK SUKA BELI BARANG ONLINE TAK PAPAR HARGAMy Profile

    1. Dr Fuh says:

      yup..benar tu..saya setuju sangat..tak perlu rasa-rasa, pihak berkuasa memamng wajib bertegas
      Dr Fuh recently posted…Kanak-Kanak Kristian Dipenjara Seumur Hidup Kerana Hina IslamMy Profile

  2. blogbob says:

    kalau dah hina ugama islam memang patut takda pengampunan sebenarnya ,sepatutnya mereka patut dihukum setimpal berat kepada sesiapa yang berugama islam maupun yang bukan berugama islam,kerana dalam merperlekehkan ugama budaya orang lain adalah satu perkara yang amat sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan yang berpanjangan dan kemusnahan tamadun manusia

    1. Dr Fuh says:

      betul tu, ini melibatkan soal agama. Kalau orang Islam hina agama lain pon saya marah..apatah lagi org beragama lain menghina agama yang kita pegang selama ni
      Dr Fuh recently posted…Kanak-Kanak Kristian Dipenjara Seumur Hidup Kerana Hina IslamMy Profile

  3. fyna says:

    kena jatuhkan hukuman yang berat kalau tak mereka akan mengambil remeh je benda macam nih kan. lagi-lagi melibatkan agama.
    fyna recently posted…Pengaruh Kurma Yusuf TaiyoobMy Profile

  4. hafiz says:

    patut memang tindakan tegas mcm pakistan kita buat, kalau tak lepas ni ada lagi yg hina islam
    hafiz recently posted…Misi menjahit baju rayaMy Profile

  5. Naz Ahmad says:

    Patutnya kerajaan bertindak tegas dalam kes2 seperti ini….
    Naz Ahmad recently posted…Update: Income Zurich CashMy Profile

  6. sensasi2020 says:

    Tidak boleh dibiarkan oleh mana-mana pihak yang cuba menghina kesucian Agama islam, jika berlaku begini kita harus mengutuk sekeras-kerasnya dan wajib dihukum.
    sensasi2020 recently posted…4 Kes Hina Islam Yang Perlu DiKetahuiMy Profile

  7. sensasi2020 says:

    Banyak kes berlaku hina Islam. Perkara begini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pihak berwajib di sesebuah negara patut mengambil tindakan dengan menghadap ke muka pengadilan terhadap mereka yang menghina sesuatu agama terutamanya Islam.
    sensasi2020 recently posted…4 Kes Hina Islam Yang Perlu DiKetahuiMy Profile

  8. fAris says:

    yang kafir hina islam ni lantak dia la…ni kita orang islam tolak hukum hudud(hukum Allah) apa pasal??pemimpin yang pegang malaysia sekarang ni jahil bab agama…sebab tu la malaysia jadi porak peranda…

  9. Yan Ty says:

    kecik2 dah kuang ajaq , elok sgt la duk penjara.
    Yan Ty recently posted…Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale CityMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge