Kanak-kanak 5 Tahun Jadi Ibu Termuda Kerana Melahirkan Bayi

Kanak-kanak 5 Tahun Jadi Ibu Termuda Kerana Melahirkan Bayi

Kanak-kanak 5 Tahun Jadi Ibu Termuda Kerana Melahirkan Bayi | Lina Medina lahir tarikh 27 September 1933 di Peru. Pada usia 5 tahun tiba-tiba perutnya membesar sehingga dibawa ke hospial oleh ibubapanya. Mereka khuatiri Lina terkena tumor . Anehnya, selepas didiagnosis doktor menyatakan ia hamil. Dr. Gerardo Lozada lalu membawanya ke Lima, ibu negara Peru.

Pakar lain diminta meneliti lebih terperinci untuk memastikan kehamilan Lina. Sebulan setengah kemudian, di usia 5 tahun, 7 bulan 21 hari Lina pun menjalani pembedahan caesar kerana rahimnya masih terlalu kecil untuk melahirkan secara normal.

Kanak-kanak 5 Tahun Jadi Ibu Termuda Kerana Melahirkan Bayi2

Pembedahan itu dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu. Kes ini dicatat dalam jurnal oleh Dr. Edmundo Escomel kepada La Presse Medicale. Terdapat keanehan yang dijumpai pasukan doktor, bahawa payudara Lina sudah menonjol sejak usia 4 tahun.

Pembedahan berjalan dengan lancar sekali. Bayinya lahir dengan berat 2.7 kg dan diberi nama Gerardoj sebagai kenangan pada doktor. Bayi ini pun dibesarkan dalam keluarga dan Lina disebut sebagai kakak perempuannya. Namun, di usia yang ke-10 Gerardo menyedari Lina ternyata ibunya. Gerardo membesar hingga dewasa dan meninggal di usia 40 tahun kerana penyakit sumsum tulang.

Kanak-kanak 5 Tahun Jadi Ibu Termuda Kerana Melahirkan Bayi3 Kanak-kanak 5 Tahun Jadi Ibu Termuda Kerana Melahirkan Bayi4

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments