Kajian – Terlalu Bergantung Kepada Google Boleh Bengap Otak?

google.jpg

Kajian – Terlalu Bergantung Kepada Google Boleh Bengap Otak? | LONDON: Seorang daripada pereka cipta terkemuka Britain memberi amaran, “generasi Google” yang terlalu bergantung kepada Internet untuk sebarang maklumat berdepan kemungkinan mengalami bengap otak atau “kematian otak.”

Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata kanak-kanak semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia bimbang generasi pereka cipta akan datang akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu.

“Namun, kanak-kanak boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano,” katanya.

Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat.

Ia perlu digabungkan antara satu sama lain bagi membina pelbagai objek. Kata Baylis, kanak-kanak perlu diajar melakukan sesuatu dengan tangan, bukan bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. “Memang mereka perlu menggunakan komputer dari semasa ke semasa, tetapi ada terlalu ramai yang menggunakan alat itu secara berlebihan.

“Mereka bergantung kepada carian Google dan ramai kanak-kanak akan menjadi seperti mati otak jika terlalu bergantung kepada Internet kerana mereka tidak mampu melakukan sendiri mengikut cara lama,” katanya. Mengenang semula bagaimana dia menjadi pereka cipta, Baylis berkata, dia bermula seawal usia lima atau enam tahun.

Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, Middlesex, untuk mengumpul bahan terbuang. “Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang.

“Dalam perjalanan pulang, rasa ingin tahu mendorong saya membuka kotak berkenaan di pertengahan jalan dan mendapati ia adalah satu set besar Meccano,” katanya. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Kajian – Terlalu Bergantung Kepada Google Boleh Bengap Otak?”

  1. ada benarnya juga kajian dai tu..tapi kalu kita gunakan dengn cara yg betul..positif lah hasilnya nanti
    blogger lelaki recently posted…Wordless Wednesday #2 Datang Musim BercintaMy Profile

  2. daya kreativiti kurang.. sel2 otak pun jadi lambat berhubung maka kanak2 membesar kurang berimaginasi membuat daya fikir dorang pun jadi kurang di sebabkan gadget2 canggih masakini. Sebagai seorang mak harus la den mula kurangkan penggunaan gadget2 canggih pada sikecil ku yang mula pandai tekan2 tab dah sekarang
    lekatlekitgurl recently posted…AWAS WANITA! MEMANDU BOLEH ROSAKKAN OVARIMy Profile

  3. baby comel says:

    memang betul pun, kalau dah mengadap skrin 24jam camne otak nak berkembang dgn baik. Kreativiti dan inovasi penting utk perkembangan. biarkan mereka bebas utk berfikir dan bertindak di luar kotak tapi masih perlu dikawal supaya tak melampaui batas.
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

  4. kucinghitam says:

    betul3 sebab terlalu megharap jawapan dari google tapi xtau google pun lemau hehee

  5. JOBS VIEW says:

    oppss..memang saya banyak guna ENCIK GOOGLE pun selama ni..hehe..semua benda nak google..cara nak halau burung kat tingkap rumah pun saya google..hehe..
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) [UPDATE 10OCT2013]My Profile

  6. kucinghitam says:

    memang la google yang paling cpat n senang nak dpt sumber kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge