Kah Kah Kah! Wanita Menyamar Jadi Hantu Elak Bayar Tol!

hantu-tol.jpg

Kah Kah Kah! Wanita Menyamar Jadi Hantu Elak Bayar Tol! | Bayar tol mungkin sesuatu yang membebankan, tetapi wanita muda dari negara China ini berjaya mengelakkan diri daripada membayar tol dengan berpura-pura menyamar menjadi hantu dan menakut-nakutkan penjaga tol sehingga lari lintang pukang.

Aksi wanita ini berjaya dirakamkan sebuah CCTV dan tersebar di internet sehingga mencecah lebih empat juta tontonan di laman web mikro-blog Sina Weibo sejak ia dimuat naik pada 17 Januari lalu.

Video ini menunjukkan sebuah kereta kosong menghampiri plaza tol.

Sebaik mendapati tempat duduk pemandu kosong, penjaga tol yang kehairanan bertindak keluar daripada kaunter untuk memeriksa kenderaan berkenaan.

Tiba-tiba seorang wanita dengan rambut panjang menutupi seluruh muka dan kelihatan seperti hantu tiba-tiba memanjat bumbung kereta dari arah belakang – adegan mengerikan ini mirip seperti filem hantu terkenal ~ The Ring.

Lelaki itu kemudian terjatuh dan terus lari lintang pukang selepas terkejut apabila melihat hantu wanita.

Setelah lelaki itu hilang, wanita itu kemudiannya masuk ke dalam kaunter tol untuk mengangkat penghalang laluan sebelum menggunakan sejenis alat kawalan untuk memandu keretanya ke hadapan sebelum masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.

Dipercayai alat kawalan yang sama juga digunakan ketika helah aksi kereta bergerak kosong tanpa pemandu digunakan pada awalnya.

Bagaimanapun ramai rakyat China percaya bahawa video ini sebenarnya adalah satu plot pemasaran oleh pereka Cina BYD, dalam usaha untuk mempromosikan sebuah kereta mereka yang dilengkapi dengan ‘Remote Driving Control Teknologi’.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

15 thoughts on “Kah Kah Kah! Wanita Menyamar Jadi Hantu Elak Bayar Tol!”

  1. sayidah says:

    waahh boleh la tiru taktik ni.hehehe
    sayidah recently posted…MOGA BERBAHAGIA CIKGU!My Profile

    1. X Lupa says:

      nasib baik guard tu xde pistol
      X Lupa recently posted…Mati Murah Dan Untuk Hidup Sangat Mahal Di Malaysia-AkhbarMy Profile

      1. kucinghitam says:

        haha kan klo tak hantu sungguh la
        kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  2. tol banyak sangat elok la sapa2 yg rasa terbeban guna taktik seram ni.. hahahaha apapun menipu bukan amalan mulia, hokay!! dont try this @ highway
    lekatlekitgurl recently posted…MELAMPAU! CIKGU TASKA LAYAN BUDAK MACAM SAMSENGMy Profile

  3. pandaman says:

    wah mcm2 cara diorg nk dpt free kan..
    x kesahlah mcm mana tp yg penting jgn sampai kesan ue melebih2 sngt…
    nk kan lg hiburan sila tekan link bawah nie…
    http://www.youtube.com/watch?v=OChCKbeUrbk
    hope u enjoy…
    🙂 (: :=)

    1. kucinghitam says:

      hehe kreatif kot nie xda sapa tertpikir
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  4. Yan Ty says:

    Ini saiko namanya . Desperate tahap camni xnak bayaq tol. Haru2. imagine if this happen in msia. huh
    Yan Ty recently posted…Johnny’s Steamboat vs Sushi KingMy Profile

  5. silenceblogz says:

    kahkah… mcmni pom ada ke… lawak
    silenceblogz recently posted…Live Streaming Malaysia vs Barcelona 2013My Profile

    1. Hehe.. tau x pe… saya baca entry nie pon senyum sorang2 depan lappy.. haha
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  6. kucinghitam says:

    adoi kak2 buang tabiat ka apa
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  7. cik siti says:

    mcm ni pun ada ka…haish =_=”
    cik siti recently posted…KEMALANGAN : anggota tentera dengan polisMy Profile

  8. vcore says:

    mcm ni pon ade

  9. Strategi pemasaran letuw.. tp style jg cara dia.. Huhu 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge