Kaedah Makan Menggunakan Tangan Dalam Islam

Kaedah-Makan-Menggunakan-Tangan-Dalam-Islam.jpg

Kaedah Makan Menggunakan Tangan Dalam Islam | Terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan makan menggunakan tangan. Malah inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

a. Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.

b. Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

c. Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Kaedah Makan Menggunakan Tangan Dalam Islam”

  1. Zandra says:

    Hi, i think that i noticed you visited my
    web site thus i got here to go back the want?.I’m attempting to to
    find things to enhance my site!I guess its ok to use a few of your concepts!!
    Zandra recently posted…ZandraMy Profile

  2. Rina says:

    Terima kasih atas penjelasannya, sangat bermanfaat
    Rina recently posted…Tutorial : About SQL Injection And How To FixMy Profile

  3. Abdul Hafiz says:

    Alhamdulillah. Telah diajar makan menggunakan tangan sejak kecil lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge