Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN 2016

Kadar-Dividen-Dan-Bonus-ASB-ASN-2016-1.jpg

Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN Berakhir 31 Disember 2016 | Seperti yang kita tahu, sebentar tadi Permodalan Nasional Berhad baru sahaja mengumumkan kadar dividen ASB 2016 berakhir 31 December 2016. Pengumuman ini telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang melabur dalam unit Amanah Saham Bumiputera kerana kali pertama dalam sejarah kadar dividen ASB berada dibawah paras  7.00 sen seunit.

Pengerusi PNB berkata prestasi ASB melebihi prestasi pasaran ekuiti negara yang mencatatkan jumlah pulangan negatif sebanyak -1.7%.

Amanah Saham Nasional Bhd hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016.

Sejarah Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN

Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN 2016

Sejarah Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN

Anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan yang sama.

Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata prestasi ASB melebihi prestasi pasaran ekuiti negara yang mencatatkan jumlah pulangan negatif sebanyak -1.7%.

Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN Berakhir 31 Disember 2016

Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN Berakhir 31 Disember 2016

“Tahun ini menandakan penurunan pasaran saham kali ke-3 berturut-turut. FBM KLCI susut sebanyak 73 mata berbanding 1,692.5 mata pada 31 Dis 2015 kepada 1,619.1 mata pada 30 Nov 2016,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

“Prestasi pasaran keseluruhan dipengaruhi pelbagai faktor termasuk aliran keluar modal ke ekonomi maju, harga komoditi yang rendah, ketidaktentuan tukaran asing dan perkembangan dan geopolitik,” katanya.

Meskipun cabaran berkenaan, Wahid berkata ASB dapat mencapai pendapatan kasar sebanyak RM9.59 bilion setakat 30 Nov 2016.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge