Jom Meriahkan 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti

Jom Meriahkan 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti. Kempen Tahun Melawat Malaysia telah bermula dengan sambutan yang cukup meriah

Jom Meriahkan 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi seklian. Esok akan diadakan satu event yang melibatkan beberapa artis terkenal tanah air seperti Awie, Ella, Adam AF, Kaka dan ramai lagi bertempat di Sunway Piramid.

Kempen Tahun Melawat Malaysia telah bermula dengan sambutan yang cukup meriah dan pada masa yang sama menawarkan para pelancong pengalaman kepelbagaian budaya di Malaysia. Kini bulan Mac tiba, ramai yang tidak sabar menunggu karnival jualan ‘shop till you drop’ yang pasti menjelang apabila masuk bulan Mac setiap tahun. Karnival ini lebih dikenali dengan nama 1Malaysia Grand Prix Sale. diadakan bersempena dengan Petronas Malaysia Formula 1 Grand Prix.

Bersempena dengan 1Malaysia Grand Prix Sale (1MGPS) Trekselebriti, satu majlis pelancaran gilang-gemilang akan diadakan di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Majlis pelancaran ini akan dimeriahkan lagi dengan acara hiburan tanpa henti yang bakal diadakan pada 16 Mac 2014. Program 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti bakal melibatkan penyertaan lebih 20 orang artis tempatan yang akan memeriahkan lagi pentas Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Antara artis dan selebriti yang akan hadir adalah Ella, Zaiton Sameon, Nico, VIP Group, Adam AF, Iqwal Hafiz, KOOL, A to Z, Amariz, Altimet, Modjo, Aweera dan lain lain lagi.

Jom Meriahkan 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti. Kempen Tahun Melawat Malaysia telah bermula dengan sambutan yang cukup meriah

Trekselebriti.Com Portal Rasmi Untuk Karnival 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti

Acara yang berkonsepkan hiburan dan sesi ramah mesra bersama peminat yang dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Shopping Malaysia, Tourism Malaysia ini bakal membawa tetamu mendekati aspirasi pelancongan negara yang kian terkenal sebagai destinasi membeli-belah pilihan pelancong dunia.

Sementara itu IP Radio Ewana FM akan menampilkan barisan artis-artis serta deejay radio berkenaan bagi memeriahkan acara 1MGPS Trekselebriti. Antara artis yang akan terlibat adalah Anne Farina AF8, Shajiry Damery, Azmir Arif, Aesar Mustafa, Mega Boys, Iman Ikthiman AF10, Syasya Solero dan ramai lagi. Deejay Radio Ewana Fm juga akan turut mempersembahkan segmen masing-masing seperti Man Raja Lawak & Elly Raja Lawak, Shah Arshad, Lia Omey, Azz, Nizal Mohamad, Teguh, Putri Sazuka dan Kozz. Satu pertunjukan fesyen koleksi pereka tempatan terkenal Kose Serani- DB Kose Design & Collection juga akan turut mengisi ruang pentas 1MGPS Trekselebriti pada hari tersebut.

Selain itu portal hiburan TREKSELEBRITI juga akan menampilkan gandingan artis Along Raja Lawak dan Angah Raja Lawak serta Zul Handyblack untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.

Malaysia merupakan syurga membeli-belah di Asia. Dengan menawarkan pelbagai variasi seperti pusat-pusat membeli-belah bertaraf dunia, pasar malam, kedai-kedai vintaj dan banyak lagi pasti memberikan para pelancong nilai yang berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan. Malaysia telah dinobatkan berada di tangga ke-4 di antara 12 Bandaraya Membeli-belah Terbaik di Dunia oleh CNN. Kuala Lumpur kini berdiri sama tinggi dengan Paris, Hong Kong, Dubai dan Milan dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang cukup unik! Kuala Lumpur menawarkan harga terbaik, kualiti yang bermutu, pelbagai pilihan jenama dan servis kelas dunia.

Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang carnival 1Malaysia Grand Prix Sale adalah ‘showcase’ Petronas Malaysia Formula1 Grand Prix yang berlangsung selama sembilan hari bermula 22 Mac di Concourse, Suria KLCC. Pelbagai aktiviti akan diadakan di sini seperti pada 23 Mac, Petronas akan mengadakan ‘Motorsport Demo Run’ di perkarangan KLCC. Selain di Lembah Klang, sambutan 1MGPS turut diraikan di Gurney Plaza Penang, Johor Bahru City Square, Cityone Megamall Kuching, dan Suria Sabah Shopping Mall.

Buat para peminat F1, kempen Petronas Formula 1 Grand Prix bermula di Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Pulau Pinang, Johor Bahru dan Sunway Pyramid. Tarikan utama adalah F1 Simulator Challenge yang terbuka kepada semua pemegang tiket F1. 10 pemandu dengan masa terpantas di setiap lokasi akan bertanding pada pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 Mac dan sebuah kereta Nissan Almera NISMO bernilai RM92,000 menunggu pemenang utama! Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tawaran diskaun terhebat sepanjang karnival 1MGPS 2014. Selamat membeli-belah!!!

Dr Fuh – Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi suasana di Sunway Piramid. Jumpa disana!! Jangan lupa tegur Dr Fuh kalau terperasan 🙂

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments