Joemar, Rakan Suspek Bunuh Pegawai Bank Dalam Buruan Polis

Joemar, Rakan Suspek Bunuh Pegawai Bank Dalam Buruan Polis2

Joemar, Rakan Suspek Bunuh Pegawai Bank Dalam Buruan Polis – Masihkah anda ingat tentang kes tembak mati kerani ambank pada beberapa bulan lalu. Kini suspek yang membunuh telah pun berjaya ditangkap dan seorang lagi rakan suspek yang bersamanya ketika itu menjadi buruan polis.

Usaha untuk memburu seorang lelaki Indonesia yang merupakan rakan kepada suspek bunuh pegawai bank di Subang Jaya sedang diperhebatkan oleh pihak polis. Joemar dipercayai masih berada di negara ini dan dipercayai menyimpan sejumlah besar wang hasil rompakan pada 23 Oktober lepas. Jumlah wang yang dipercayai berada dengan Joemar ialah RM 400,000.

Joemar, Rakan Suspek Bunuh Pegawai Bank Dalam Buruan Polis

Joemar, Rakan Suspek Bunuh Pegawai Bank Dalam Buruan Polis3

Polis percaya Joemar masih berada di negara ini dan sedang berusaha untuk keluar ke Indonesia melalui ‘laluan tikus’ seluruh negara. Sekiranya anda terserempak, nampak atau mempunyai maklumat tentang lokasi Joemar, sila laporkan di balai polis berdekatan atau hubungi talian hotline 03-2056 9999.

Diharap rakan suspek ini berjaya ditangkap dan kes ini akan selesai dengan segera supaya suspek dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

p/s : Harap ditangkap segera !!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments