Jenis Kereta Boleh Bantu Pikat Gadis

Pikat Gadis

Jenis Kereta Boleh Bantu Pikat Gadis | Perkonsian artikel yang menarik untuk Fyna kongsikan bersama-sama. Nampak macam pelik tetapi beberapa kaji selidik telah dibuat berkaitan dengan pikat gadis. Tetapi kaji selidik ini telah dibuat di luar negara.

London : Seseorang “gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu.

Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki.

Menurut laman web Insure.com, wanita berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam lebih menarik, manakala lelaki melihat wanita yang memandu BMW ‘sports’ merah sebagai lebih menawan.

Kaji selidik membabitkan 2,000 wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang dipandu orang yang dikategorikan menarik.

Sehubungan itu, wanita rata-rata menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32 peratus diikuti:

• Sports (27 peratus)
• SUV (16 peratus)
• Sedan (11 peratus)
• Hibrid (9 peratus)
• Trak UPS (4 peratus)
• Van (2 peratus)

Sementara itu, jenama paling dikaitkan dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford (16 peratus), Chevrolet (13 peratus) dan Porsche (11 peratus).

Di samping itu, wanita turut meminati hitam (53 peratus) sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti perak (16 peratus) dan merah (13 peratus).

Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap wanita yang memandu kereta ‘sports’ sebagai paling menarik (39 peratus) diikuti Sedan (22 peratus); SUV (20 peratus); pikap (10 peratus); hibrid (6 peratus) dan van (4 peratus).

Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika memandu:

• BMW (16 peratus)
• Mercedes (14 peratus)
• Porsche (10 peratus)

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments