Jenis-jenis Perempuan Yang Dielak Oleh Lelaki

Jenis-jenis Perempuan Yang Dielak Oleh Lelaki. Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada perempuan jenis ini, malah mereka lebih mencabar.

Jenis-jenis Perempuan Yang Dielak Oleh Lelaki | Dalam dunia ini memang sangat mustahil untuk kita menilai hati budi seseorang, tetapi ada cara untuk mengenali seseorang itu senang atau tidak dengan pasangannya ataupun dengan berlainan jantina. Jom baca Jenis-jenis Perempuan Yang Dielak Oleh Lelaki.

Jenis-jenis Perempuan Yang Dielak Oleh Lelaki

Antaranya:

1. Perempuan manja

Sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Lebih merisaukan, perempuan jenis ini sukar untuk dikenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.

Mula mula, meraka akan berubah bila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu.Tapi apabila mereka mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.

2. Perempuan benci lelaki

Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada perempuan jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat mereka yang jauh berbeza berbanding perempuan lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.

Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.

Lelaki hanya suka bergaul dengan mereka tanpa memikirkan sebarang komitmen dan bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin sebab fikiran jahat untuk menjalin hubungan seks semata-mata.

3. Perempuan berkarier

Ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan perempuan berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan terancam untuk bersama perempuan jenis ini. Tapi, sang lelaki beranggapan bahawa perempuan yang berjaya tidak memerlukan lelaki.

Perempuan yang memiliki karier yang stabil akan membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. So, kehadiran seseorang lelaki tak mampu menandingi apa yang mereka ada. Tapi,ada jugak lelaki yang suka perempuan jenis ini kerana dari segi kewangan,perempuan tidak bergantung kepada mereka.

4. Perempuan banyak cakap

Mengikut perspektif lelaki,perempuan yang banyak cakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan perempuan menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Tapi, bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.

Contohnya, bila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, pemain dan keputusan. Sebaliknya, bila topik bertukar kepada yang lebih feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak menceceh.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments