JDT Vs Pahang Liga Super 16 Mei 2014

Live Streaming JDT Vs Pahang Liga Super 16 Mei 2014. Siaran Langsung JDT Vs Pahang Di Astro Arena 801. Keputusan Perlawanan JDT VS Pahang Liga Super 2014

JDT Vs Pahang Liga Super 16 Mei 2014 | Pada malam esok bersamaan 16 Mei 2014 akan berlangsungnya perlawanan diantara JDT Vs Pahang Liga Super 16 Mei 2014.

Pertahanan Pahang, Mohd Shahrizan Salleh menegaskan dia dan rakan sepasukan sudah melupakan memori pahit tewas kepada Selangor 1-0 menjelang pertembungan penting menentang Johor Darul Taazim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin malam esok.

Justeru, dia berkata skuad Tok Gajah akan bangkit semula untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan itu bagi mengelak jurang mata lebih besar dengan pendahulu Liga Super, Selangor.

Biarpun JDT dilihat semakin menyerlah dan memiliki penyerang berbisanya (Luciano Figueroa), kemenangan mampu diraih jika kami dapat memanfaatkan peluang terhidang.

Sebagai pemain pertahanan, bukan sahaja Figueroa, pemain lain juga menjadi tumpuan kami untuk memastikan gawang pasukan tidak dibolosi, katanya di sini, semalam.

Mohd Shahrizan atau Ijan berkata, barisan pertahanan yang diketuai kapten, Mohd Razman Roslan, Damion Stewart dan Saiful Nizam Miswan sedia untuk menjaga kubu pasukan.

Katanya, dengan mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang sesi latihan, Pahang mampu merampas kembali kedudukan selaku pendahulu liga.

Perlawanan ini akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena 801 dan live streaming boleh dicari melalui laman-laman yang menyediakannya.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments