Innalillah – Pelajar UniKL Maut Kemalangan

kemalangan-maut-unikl-kulim.jpg

Innalillah – Pelajar UniKL Maut Kemalangan | BALING – Seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Kulim maut setelah terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kuala Bakong, Kuala Ketil kira-kira jam 5.50 petang semalam.

Mohd Firdaus Abdul Rahim, 22, dari Kampung Bukit Iboi maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan Md Nadzir Osman berkata, kejadian berlaku setelah motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Menurutnya, akibat pertembungan itu, mangsa tercampak beberapa meter dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

“Manakala seorang lagi penunggang cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Sungai Petani,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa yang merupakan anak sulung dari lima beradik itu dalam perjalanan pulang dari rumah ke tempat pengajiannya.

Ibunya, Siti Mariam Isa, 47, berkata, anaknya itu memang sering pulang ke rumah untuk bersama keluarga.

“Dia seorang anak yang baik, selalu balik ke rumah, makan sekali bersama keluarga. Dia jugalah menjadi harapan keluarga kami,” katanya.

Mangsa sebelum ini mendapat pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) Kampus Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di UniKL.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Iboi pada jam 11 pagi tadi. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Innalillah – Pelajar UniKL Maut Kemalangan”

  1. kucinghitam says:

    innalillah dah sampai ajal dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge