Inilah 15 Kelebihan Sujud Dalam Solat Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

keajaiban-sujud.jpg

Inilah 15 Kelebihan Sujud Dalam Solat Yang Mungkin Kita Tidak Tahu | Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Subhanallah. Inilah kekuasaan Allah SWT

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Inilah 15 Kelebihan Sujud Dalam Solat Yang Mungkin Kita Tidak Tahu”

  1. beruntungnya kita sebagai orang Islam…

  2. Mazni Azmi says:

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    SESUNGGUHNYA ISLAM SEBAIK BAIK CARA HIDUP
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Hebatnya kejadian Allah.
    Patutlah masa susah, hamba yang banyak solat sunat

    Boleh dapat banyak ilham untuk atasi kesusahan
    Dan ujian.

    Memang misteri dan tinggi kekuasaan Allah swt
    =======================================
    ALLAHU AKBAR
    =======================================

    (\/) ALLAH MAHA BESAR
    (=’.’=)
    (“)_(“)
    Mazni Azmi recently posted…Cara Pengambilan Meal Shake Shaklee | Rahsia Untuk Hasil TerbaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge