Inilah 10 Makanan Segera Paling Pelik Pernah Ditemui

makanan-segera-pelik.jpg

Inilah 10 Makanan Segera Paling Pelik Pernah Ditemui | Macam-macam menu baru yang aneh dan pelik telah dihasilkan oleh restoran makanan segera seperti Burger King dan Pizza Hut. Oleh itu kami senaraikan beberapa menu yang boleh dikategorikan sebagai pelik dan unik di restoran segera.

1) Kerak Pizza Burger Keju Pizza Hut

Makanan Segera Paling Pelik

Resipi Pizza Hut yang paling pelik pada tahun 2012 ialah kerak pizza burger keju. Bahagian tepi pizza tersebut datang daripada ayam dan bukannya burger keju.

2) Bakon Sundae Burger King

Makanan Segera Paling Pelik

Adakah anda akan membeli bacon sundae ini? Pencuci mulut ini terhad hanya pada bulan Jun 2012 yang merupakan menu musim panas yang baru. Sundae ini mempunyai 510 kalori dan mempunyai vanilla, karamel, bakon, 18 gram lemak dan 61 gram gula.

3) Kit Kat Pops Pizza Hut

Makanan Segera Paling Pelik

Tidak cukup dengan menghasilkan kerak pizza, Pizza Hut juga telah mewujudkan “Kit Kat Pops”. Coklat bar Kit Kat ini telah disalut dengan adunan pizza.

4) Burger Quick’s Darth Vader

Makanan Segera Paling Pelik Pernah Ditemui

Pada tahun 2012, restoran makanan segera Perancis, Quick telah memperkenalkan burger yang hitam: Burger Star Wars yang menggunakan roti burger berwarna hitam. Mereka telah membakar roti burger hitam tersebut sempena dengan penayangan filem “Stars Wars Episod 1: The Phantom Manace”. Walaupun roti burger ini kelihatan seperti hangus, ia hanya dicelup dengan warna hitam serta mempunyai dua keeping daging lembu dengan keju, tomato dan salad.

5) Donut bakon dan telur Dunkin Donuts

Makanan Segera Paling Pelik

Sandwich telur goreng dengan bakon di antara lapisan donat akan menjadi sebahagian dari menu tetap bermula 7 Jun 2013 sempena hari donut sedunia.

6) Donut rumpai dan daging khinzir Dunkin Donuts

Apabila kita mendengar tentang donut, pasti anda akan terbayang akan kesedapan pencuci mulut itu. Walaubagaimanapun, Dunkin Donuts di Cina telah memperkenalkan donut yang disumbat dengan daging khinzir dan rumpai laut. Donut ini hanya boleh didapati di Asia.

7) Burger bersaiz Pizza dari Burger King

Makanan Segera Paling Pelik

Burger bersaiz 8.8 inci (22cm) ini hanya ada di Burger King. Roti burger bersaiz lebar, disertai dengan empat kepingan daging. Inti juga telah diletakkan dengan banyak.

Anda boleh memesan burger bersaiz pizza ini dengan dua cara yang berbeza yang bahagian atasnya dipenuhi tomato, bawang, sos tomato dan sebagainya. Versi ‘Fresh Avocado’ ini mempunyai buah avokado manakala versi ‘Cheese Nacho’ mempunyai cip tortilla, sos keju dan sos lada hitam jalapeno.

8) Double Down KFC

Makanan Segera Paling Pelik

Double Down ini mengandungi hirisan daging (bakon), dua keju cair yang berbeza, sos rahsia dan ditindan oleh dua keping filet ayam original. Double Down ini diperkenalkan pada bulan 12 April 2010 di Amerika Syarikat.

9) Roti Pasta Domino

Makanan Segera Paling Pelik

Domino telah memperkenalkan pasta yang disediakan bersama roti. Harga pizza ini hanya $5.99 (RM19) setiap satu dan didatangkan dengan enam pilihan iaitu karbonara ayam, sosej Itali marinara, snot rocket, ayam alfredo, pasta primavera, tiga mac keju dan anda boleh memilih untuk mencipta versi anda sendiri dengan membenarkan anda memilih tiga bahan untuk diletakkan dia atas pizza pasta tersebut.

10) Sensasi berganda Pizza Hut

Makanan Segera Paling Pelik

Pizza sensasi berganda ini adalah pizza ‘dua dalam satu’. Bahagian luar telah dilengkapi dengan keju cair mozzarella, parmesan, keju cedar dan lapisan gulungan sebelah luar itu dihiasi dengan cendawan, sos salsa dan lada bell.

Pizza sebelah dalam pula dipenuhi dengan sosej ayam dan keju dan di dalam kepingan itu mempunyai ayam, zucchini dan sos lada Alfredo.

Sayangnya pizza ini hanya boleh didapati di Singapura pada Disember 2012. Pizza ini ditawar dengan harga $21.75 (RM54.50) untuk saiz biasa dan S27.49 (RM68.90) untuk saiz besar.

Sumber : Yahoo Malaysia

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

21 thoughts on “Inilah 10 Makanan Segera Paling Pelik Pernah Ditemui”

  1. okeh memang x selero den tengok burger hagus kat atas tu hahahahah ^_^

    1. kucinghitam says:

      tu bukan burger hangus cik ppp tu arang buluh
      kucinghitam recently posted…Kucinghitam Juara Pengomen Tegar Bulan Jun FUH.myMy Profile

      1. kuceng x kisah la weh.. apa pung tpi siyes weh mmg x lalu ekekekek ko penah makan ke weh??

    1. kucinghitam says:

      hehe yeka tu tgk penuh sos hhaha
      kucinghitam recently posted…Kucinghitam Juara Pengomen Tegar Bulan Jun FUH.myMy Profile

    2. perghhhh Carlos… patut la pung wajah ang tak de ciri2 junk face ekekekek kbai 😛

    3. kucinghitam says:

      ala tipu la tu tgk2 dia la kuat makan

  2. kucinghitam says:

    kalo ada pic lagi best
    kucinghitam recently posted…Kucinghitam Juara Pengomen Tegar Bulan Jun FUH.myMy Profile

    1. Dr Fuh says:

      ada pic..cuba refresh 🙂

      1. kucinghitam says:

        ok bru ada biasa la pakai p1 nie slow
        kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

  3. Daxx says:

    Memang darth vader betul burger hitam tu. hahaha *lagu intro star wars*
    Daxx recently posted…18+ Ngeri! Ritual Penyembelihan Ribuan Haiwan Di Nepal + 14 GambarMy Profile

    1. wakakakakakak mmg x leh bla kenyataan ko Daxx ^_^

    2. kucinghitam says:

      hitam x mesti nyer xsedap tau
      kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

  4. kucinghitam says:

    tapi yg kfc tu mcm x berbaloi seriuosly
    kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

  5. kucinghitam says:

    daing babi pun masuk senarai ka eeeeeee
    kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

  6. Mawardiyunus says:

    ada yang pernah aku makan LOL
    Mawardiyunus recently posted…Rezeki urusan ALLAH | Doa Supaya Rezeki Tidak PutusMy Profile

  7. Atiqa anuar says:

    7,8,9,10. nampak sedap gila. tetiba craving nak makan~

  8. Atiqa anuar says:

    Btw, double down zinger tu mmg sedap. tak pelik rasanya pun. sos rahsia tu just sos salsa je.. 🙂

  9. liana rosli says:

    double down n double sensation pizza sedap..hehe
    liana rosli recently posted…LIA HOMESTAY kuala selangor(homestay MURAH!)My Profile

  10. vcore says:

    terliur tengok

  11. cik Ain says:

    macam2 ado… hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge