Info Pelik! Hospital Anak Patung Ditemui

pelik-tapi-ngeri.jpg

Info Pelik! Hospital Anak Patung Ditemui | Jika kita sakit, hospital menjadi tempat kita menerima rawatan. Jika anak patung ‘sakit‘ adakah mereka juga akan ke hospital? Sebuah tempat yang dijadikan sebagai hospital bukan hanya dikhususkan kepada manusia atau binatang sahaja. Tetapi sebenarnya ramai tidak mengetahui kewujudan hospital anak patung yang pelik di Sydney, Australia yang kini mencecah usia 100 tahun. Wah lama tu. KisahBest.My difahamkan hospital ini sering menerima kunjungan pelanggan yang membawa anak patung yang ‘sakit’.

Sungguhpun di kalangan kita menggelarnya sebagai kedai membaiki anak patung, tetapi di Australia ia dikenali sebagai Sydney’s Famous Original Doll Hospital.

Menyeramkan! Hospital Anak Patung Ditemui

Perniagaan ini diuruskan oleh keluarga Harold Chapman Snr dan kini generasi ketiga dari waris itu, Geoff Harold Jnr menguruskan perniagaan tersebut sepenuhnya.

“Cetusan idea membuka kedai ini bermula selepas menerima ratusan anak patung rosak ketika dalam perjalanan dari Jepun ke Australia pada 1913. Sehingga kini, kami menerima banyak anak patung rosak dari seluruh Australia dan New Zealand untuk dibaiki,” katanya dalam laporan DailyMail

Menyeramkan! Hospital Anak Patung Ditemui

Menurutnya, sungguhpun kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada permainan komputer, tetapi masih ramai yang bermain dengan anak patung dan trend itu tidak hanya kepada kanak-kanak malah remaja juga berbuat demikian.

“Perniagaan kami tidak pernah terjejas. Pada 1995, kami memperoleh keuntungan bersih 2.5 juta pound (RM7.7 juta),” katanya.

Beliau berkata, ketika menjalankan perniagaan pada 1940-an, kedai ini mempunyai 70 pekerja yang mempunyai kepakaran seperti membaiki tangan, kepala, kaki dan badan anak patung.

“Tiada yang lebih memuaskan daripada melihat senyuman pada wajah kanak-kanak ketika mereka datang untuk mengambil semula anak patung berbanding ketika mereka datang untuk membaiki bahagian yang rosak dengan linangan air mata,” katanya.

Di kedai itu terdapat ratusan kaki, lengan, kepala dan beberapa anggota lain anak patung termasuk yang berusia 100 tahun.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Info Pelik! Hospital Anak Patung Ditemui”

  1. yie says:

    malaikat dok masuk hospital ini..hehe

  2. mesti manyak antu kat sepital ni malam-malam eeeeeeee seram kbai 😛

  3. cik siti says:

    perhhhh..mcm scary ja ada patung byk2 ni..huhu
    cik siti recently posted…dapat kad raya dari….My Profile

  4. liana rosli says:

    waaaaaa….bek beli baru je klu rosak..
    liana rosli recently posted…sebab gagal semasa temuduga sppMy Profile

  5. vcore says:

    seram gak nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge