Impian Pengkebumian Lelaki Ohio Ini Tercapai Jua

lelaki ditanam dengan motosikal

Impian Pengkebumian Lelaki Ohio Ini Tercapai Jua | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semua orang dalam dunia ini pastinya mempunyai impian yang lama dipendam. Mungkin ada yang sudah mengimpikan sesuatu dari kecil lagi. Teacher Muja pun ada impian. Impian Teacher Muja nak jadi suri rumah. Ahaks! 😀

Dalam dunia ini, ada juga banyak impian yang aneh. Impian yang tidak ramai boleh terfikirkan kewujudannya. Mungkin aneh bagi manusia lain tetapi biasa sahaja bagi mereka yang mengimpikannya. Antara impian aneh yang ada di dalam dunia ini adalah impian seorang lelaki Ohio untuk dikebumikan di atas sebuah motosikal. Aneh bukan? Aneh tapi benar.

lelaki ditanam dengan motosikal

Seram pula rasa bila bercakap pasal kematian, tapi tidak bagi lelaki Ohio ini. Billy Standley of Mechanicsburg, Ohio mula berhasrat untuk dikebumikan di atas motosikal Harley Davidson 1967 miliknya semenjak 18 tahun yang lalu. Keluarganya menyempurnakan hasratnya dengan keranda Plexiglas besar di Tanah Perkuburan Fairview di Mutual.

Hasrat terakhir amatur motosikal Ohio sebelum meninggal dunia untuk dikebumikan dalam keadaan menunggang Harley-Davidson kesayangannya berjaya juga dipenuhi oleh keluarganya walaupun hasrat lelaki Ohio ini agak pelik dan agak rumit.

Badan Billy Standley dipersiapkan dengan 5 bekas pendakap besi belakang dan tali, lapor Daily News. Kemudian, dia dilekatkan di atas motosikalnya iaitu kruiser Electra Glide yang diletakkan di dalam sebuah keranda Plexiglas. Selama 5 tahun, kotak khas tersebut diletakkan di dalam garaj Standley, beritahu salah seorang anak lelakinya kepada pihak surat khabar.

Standley juga terpaksa membeli plot pengkebumian tambahan untuk memuatkan keranda besar itu. Keluarganya memberitahu surat khabar yang dia sudah bertahun-tahun merancang pengkebumiannya. Standley meninggal dunia disebabkan barah paru-paru pada hari Ahad, pada usia 82 tahun.

Pelik sungguh manusia ni kan? Teacher Muja sendiri terkejut dengan impian terakhir lelaki Ohio ini. Bab pengkebumian, Teacher Muja cuma berharap ia dibuat dengan cara yang dianjurkan oleh agama Islam. Semoga tanah perkuburan yang umat Islam diami akan menjadi sebuah tempat yang penuh kedamaian, tiada jeritan dan pekikan dari insan yang diseksa di alam barzakh.

Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments