Ikan Air Tawar Diberi Makan Usus Babi Sebelum Dijual??

Kolam-Ikan-usus-babi.jpg

Ikan Air Tawar Diberi Makan Usus Babi Sebelum Dijual?? | RAWANG – Seorang pemilik perusahaan pemprosesan babi tanpa lesen menjadikan organ dalaman babi seperti usus sebagai makanan ternakan ikan air tawar miliknya sebelum dipasarkan, selain memproses daging haiwan itu.

Ikan air tawar yang terdiri daripada patin, talapia dan keli itu diternak dengan menggunakan kaedah sangkar di lombong dan kolam berhampiran.

Penemuan itu dibuat dalam satu operasi bersepadu yang diketuai Ketua Unit Tindakan Khas Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), C Paramasivam, di Jalan Kundang, Kampung Sungai Bakau, di sini, semalam.

Paramasivam berkata, pengusaha terbabit diberikan notis 30 hari sebelum premisnya dikenakan tindakan meroboh, selain dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan.

“Kami akan memohon untuk merobohkan premis ini kerana hanya Yang Dipertua sahaja mempunyai kuasa memberikan arahan itu.Selain menghadapi notis meroboh, pengusaha terbabit turut dikenakan enam kompaun berjumlah RM6,000 atas enam kesalahan,” katanya.

Antara kesalahan itu adalah menyimpan daging babi tanpa lesen, tidak mematuhi prosedur penyediaan makanan, membuang tali perut babi ke dalam kolam dan lombong serta tidak mendapatkan imunisasi demam kepialu seperti syarat yang dikenakan terhadap penyedia makanan.

Sementara itu, pengusaha terbabit mendakwa dia hanya memproses babi seperti melapah dan memotong, selepas dihantar pembekal babi untuk dijual di restoran.

Selain itu, Selangor Kini turut difahamkan, air kolam terbabit turut dilepaskan ke Sungai Kundang sebelum mengalir ke Sungai Sembah dan Sungai Selangor yang membekalkan air kepada sebahagian pengguna air negeri itu.

Operasi bersepadu yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang itu membabitkan kira-kira 70 anggota daripada pelbagai jabatan dalaman MPS, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Operasi turut dijalankan ke atas dua premis lain iaitu kilang membuat tauhu kering bersebelahan tempat memproses babi berkenaan dan kilang kitar semula tong yang terletak di Taman Perindustrian Puteri Permai. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Ikan Air Tawar Diberi Makan Usus Babi Sebelum Dijual??”

  1. kucinghitam says:

    eeewwww bagi makan babi haram

  2. First off I would like to say wonderful blog!
    I had a quick question which I’d like to ask if you don’t mind.
    I was curious to find out how you center yourself and clear your thoughts before writing.
    I have had a tough time clearing my mind in getting my
    ideas out. I do take pleasure in writing but it just seems
    like the first 10 to 15 minutes tend to be lost just trying to
    figure out how to begin. Any suggestions or hints? Appreciate it!
    ales kursu ankara recently posted…ales kursu ankaraMy Profile

  3. muja says:

    ya ALLAH.. jauhkanlah kami daripada memakan makanan yang haram,, amiiin

  4. Faris Aiman says:

    dah la ikan yg di ternakan diberi makan usus babi , pastu lepaskan air yg membekalkan air kpd sebhgian pnggna air ngritu

  5. lahabau says:

    patot kerajaan naik cukai 100% pada setiap ekor babi yg diternak….hasil pendapatan blh digunakan buat jln, ptg rumput, dan lain2….

    ini dah le ternak babi secara haram lps tuh mengotori sungai dan kawasan setempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge