Takziah! Ibu Siti Sarah Disahkan Meninggal Dunia

Ibu-Siti-Sarah-Meninggal-Dunia.jpg

Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia

Setelah beberapa tahun melihat keperitan dan kepayahan ibu mertuanya, Nooraini Mohamad, 56, menanggung penyakit 3 serangkai (Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung), akhirnya pelawak Shuib merelakan serta redha apabila nyawa ibu kepada penyanyi, Siti Sarah itu diambil untuk selamanya pada 6.35 pagi tadi.

Shuib berkata dia lebih rela melihat nyawa ibu mertuanya diambil daripada melihatnya terseksa menanggung penyakit berkenaan sejak 3 tahun dia mengenali keluarga isterinya itu.

“Saya mewakili Siti Sarah yang sedang bersedih di atas pemergian ibunya berasa lega apabila melihat ibu mertua saya pergi dengan keadaan yang sangat tenang di Hospital Ampang Puteri, pagi tadi.

“Memang sejak 2 hari ini, kami meluang masa yang lebih kepadanya selepas melihat keadaannya yang sangat kritikal.

“Malah sejak saya mengenali Sarah sekaligus ibunya 3 tahun lalu, saya sudah melihat keperitan dan kepayahan ibunya menanggung sakit itu dan saya rasa saya sendri tidak tertanggung bila melihat dia menderita.

“Jadi bila dia menghembus nafas terakhir pagi tadi, kami sudah rela dan redha dengan pemergiannya kerana kami sudah tahu usianya tidak panjang lagi dan sudah bersedia menerima ketentuan daripada Tuhan,” katanya yang dihubungi murai.com.my

Ibu Siti Sarah meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri itu akan dikebumikan di Gombak kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Shuib yang aktif dengan laman sosial Twitter dan Instagram miliknya bernama shuibsepahtu itu berkata sejak ibu mertuanya kritikal dan berada di ICU 2 hari lalu dia menggunakan media tersebut untuk meminta doa daripada pemiant dan rakanya.

“Saya tahu follower Twiiter dan Instagram saya ramai, jadi saya guna media itu untuk mereka mendoakan ibu mertua saya sejak dia sakit kritikal sehinggalah dia menghebuskan nafas terakhir.

“Ramai juga yang mendoakan kesihatan ibu mertua saya sebelum ini, dan bila dia sudah kembali kerahmatullah ramai juga yang bersedekat al-Fatihah untuk arwah.

“Saya harap arwah tenang di sana dan kami mendaoakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” luahnya lagi.

Shuib dan Siti Sarah telah bernikah pada 26 Ferburai 2011 dan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alqarni berusia setahun 6 bulan dan Dzahira Talita Zahra yang abru berusia sebulan. – Murai

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “Takziah! Ibu Siti Sarah Disahkan Meninggal Dunia”

  1. Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat amin

    1. kucinghitam says:

      al fatihah
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    1. kucinghitam says:

      takziah bt siti sarah n family
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  2. Takziah Buat Siti sarah sekeluarga
    Al-fatihah
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 93 – Pedih Biji MataMy Profile

    1. kucinghitam says:

      semoga ditempatkan di tmpat orang yg beriman
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  3. Yana Sakura says:

    Takziah..smga roh beliau dicucuri rahmat.amin…al-Fatihah
    Yana Sakura recently posted…Contest Mega Raya -,Teka Duit Syiling dan Menang Duit Raya!My Profile

  4. littlekenet says:

    takziah…. harap bersabar ya Siti Sarah dan keluarga.. Al-Fatihah…..
    sesunguhnya yang hidup pasti akan kembali kepadanya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge