Ibu Menjadi Kurus Untuk Selamatkan Anak

charlen howard, ibu kurus untuk anak

Ibu Menjadi Kurus Untuk Selamatkan Anak | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kasih sayang ibu memang tidak pernah bertepi untuk anak-anaknya. Sudah banyak bukti yang kasih sayang seorang ibu merelakan diri mereka untuk melakukan apa-apa sahaja untuk anak-anak mereka.

Teacher Muja paling tersentuh kalau baca kisah pengorbanan para ibu. Bukan sahaja semasa melahirkan para ibu rela sakit, lepas melahirkan juga para ibu masih rela berkorban untuk anak-anak kesayangan mereka. Pengorbanan seorang ibu sememangnya tidak boleh dibayar dengan apa-apa.

charlen howard, ibu kurus untuk anak

Seorang ibu yang mengalami masalah berat badan berlebihan telah berjaya menghilangkan 7 lbs untuk menyelamatkan nyawa anak lelakinya setelah dia diberitahu dia sangat tidak sihat untuk melakukan pemindahan hati untuk anaknya itu.

Charlene Howard, 33 tahun, berjaya mengurangkan berat badannya dari 16 st 7 lbs kepada 9 st 7 lbs selepas dia mendapat berita yang dia terlalu besar untuk mendermakan hatinya kepada anak lelakinya, Elliot, yang kini berusia 9 tahun, yang pernah sakit serius. Stone adalah sebuah unit kiraan berat.

Ibu tunggal dengan ketinggian 5’2 mengutamakan kesihatannya sendiri untuk kepentingan anaknya, Elliot yang didiagnos dengan tumor otak semasa berusia setahun dan dirawat dengan pembedahan dan kemoterapi di Hospital Kanak-kanak Birmingham.

Kanak-kanak ini yang juga mempunyai Cystic Fibrosis, mula membaik sebelum didiagnos pula dengan penyakit hati semasa berusia 5 tahun dan doktor memberitahu yang dia mungkin memerlukan pemindahan hati untuk diselamatkan.

Peluangnya yang terbaik adalah untuk mendapatkan sebahagian hati ibunya yang akan tumbuh semula dan tumbuh kepada saiz asalnya. Charlene berkata,”Ia memang amaran yang menyedarkan. Saya perlu sihat secara fizikal untuk menjadi penderma yang layak untuknya.”

“Meluangkan banyak masa di hospital, saya akan ambil peluang mana-mana yang sesuai. Makanan rangup, cokelat, chip dari kedai dan makanan segera. Keutamaan saya adalah meluangkan masa sebanyak mungkin dengan anak saya.”

Tetapi, selepas kesedaran pada Jun 2009, Charlene membeli sebuah Wii Fit dan mula bersenam di rumah. “Saya tidak memberitahu sesiapa pada mulanya sebab saya malu jika saya gagal. Tapi selepas saya berjaya hilangkan stone pertama, ia rasa sangat bagus dan saya meneruskannya. “

Secara berperingkat, seorang penaja jamin dari Wednesfied, Wolverhampton, mengurangkan pengambilan makanan dari kedai dan makanan ringan, membeli sebuah treadmill sendiri dan mendapatkan rancangan diet baru menggunakan carabaran 10 minggu dari DesirableBody.co.uk.

“Saya akan bangun sejam sebelum Elliot dan menggunakan treadmill sebelum saya membangunkannya dan menyedikan tibu makanan dan sebagainya. Ia sangat sukar tetapi saya tidak akan dapat melakukannya tanpa ibu dan bapa saya sepanjang proses itu.”

Nasibnya baik, Elliot sekarang dalam proses pemulihan dan pemindahan hati tidak diperlukan lagi setakat ini walaupun Charlene sekarang sudah layak dan bersedia untuk mendermakan sebahagian daripada organnya jika Elliot memerlukannya.

Charlene menambah lagi;”Sekarang saya telah mengurangkan berat badan Elliot dan saya sangat gembira. Dia adalah fokus saya untuk masa hadapan.”

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments