Ibu, Kenapa Benda Itu Memotong Tangan Adik? Ibu Tolong Adik Bu..

Ibu-Kenapa-Benda-Itu-Memotong-Tangan-Adik.jpg

Ibu, Kenapa Benda Itu Memotong Tangan Adik? Ibu Tolong Adik Bu.. | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tadi Dr Fuh jalan blog ke blog ada terjumpa satu artikel yang amat menyedihkan. Ya, artikel ini cuma rekaan semata-mata. Tetapi impaknya sangat kuat sehingga boleh menitiskan air mata jika dihayati betul-betul. Sila baca sampai habis dan jadikan sebagai pengajaran hidup.

Bulan 1: Ibu, panjang adik cuma 2 cm, tapi adik sudah ada dalam badan ibu.. Adik sayang ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang menemani adik di sini..

Bulan 2: Ibu, adik dah boleh merasa jari jemari, di sini terasa hangat bu, nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama-sama ya..

Bulan 3: Ibu, biar pun adik belum tahu jenis jantina adik, tapi apa pun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan.. Jangan menangis ya bu, kalau ibu menangis, adik juga ikut menangis..

Bulan 4: Ibu.. rambut adik dah mula tumbuh, adik dah boleh menggerakkan kepala ke kiri dan kanan..

Bulan 5: Ibu.. tadi jumpa doktor ya, doktor cakap apa..? Αpa benda D&E tu bu.? Αdik takkan di apa-apa kan ya bu..?

Bulan 6: Ibu jumpa doktor tu lagi ya..? Bu, tolong bagi tahu doktor tu, adik di sini sihat-sihat saja ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, bu tolong adik, adik takut.. Benda tajam tu pula memotong kaki adik, sakit bu..

Walaupun adik dah tiada kaki, adik masih ada tangan yang boleh memeluk ibu.. Bu, kenapa benda itu sekarang memotong tangan adik, ibu tolong adik.. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu..

Tapi, biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki, adik masih ada mata dan telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu, tapi .. Benda itu sekarang sudah mula memotong memutuskan leher adik, ibu.. Maaf bu.. Berilah adik kesempatan hidup, adik sayang ibu, adik teringin nak memeluk ibu..

Bulan 7: Ibu, adik di sini sihat-sihat saja, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga, Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu.

Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga, memeluk, memegang tangan, mengendong adik dengan lembut, dan lalu Tuhan membisikkan, memberitahu apa itu D&C.. Kenapa ibu tetap melakukannya..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik..? Αpa salah adik bu..?

Ibu bertaubat ya, semoga Tuhan menempatkan ibu di sini, nanti kita main-main disini, dan jangan lupa ajak ayah juga ya bu..

Sumber

Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu. Ingat Allah S.W.T

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

15 thoughts on “Ibu, Kenapa Benda Itu Memotong Tangan Adik? Ibu Tolong Adik Bu..”

  1. tersentuh pulak baca.. Anak ku mummy akan sentiasa menyanyangi mu semenjak kali pertama mummy tahu kamu wujud dalam perut mummy sehingga kamu membesar sebagai seorang anak di depan mata mummy
    lekatlekitgurl recently posted…PRODUK MAIXARA BAHAYA KERANA TIADA KELULUSAN KKM??My Profile

  2. rina avail says:

    Mmg tersentuh hati :'(

  3. NIA says:

    allahuakbar !!

  4. KongsiBlog says:

    memang menyentuh hati ..walau pun xnyate tapi ..kalau siibu tu dengar,.. mesti xjadi buat..tapi hakikatnye die xboleh berkate dan kite xboleh dengar perkataan tu..
    tapi bayi tu manusia biase..
    KongsiBlog recently posted…IKAN BAWAL KUKUS LEMON DARI NAJWA LATIF | Ini Blog HeirizalieyanaMy Profile

  5. iman says:

    adk jangan pergi dengan adk seorng ibu sayang adk sangat sanagt la …

  6. elma says:

    Wah, tak sangka ada yg share =)
    Hihi. Thanks sudi singgah dan share ya.
    Ya, memang sedih kisah ni kan.
    Semoga jd pengajaran buat semua.
    elma recently posted…Kerana sudah banyak yang penat dan kelelahan kerananya.My Profile

  7. cik siti says:

    semoga ni jadi pengajaran untuk semua org…
    cik siti recently posted…klip video yang menghina IslamMy Profile

  8. missbella says:

    kesiannye bayi zaman sekarang…

    1. atiqa says:

      ape maksud D&P ? o.O

  9. missbella says:

    kesianye bayi zaman sekarang

  10. puteri ashikin says:

    Sedih.. Sye bkal seorng ibu tidak sesekali mensiasia kn ank dlm kndungan sye…

  11. junior messi says:

    so sad..baca byk kali dan setiap kali tu jg airmata keluar…doa sy supaya wanita yg bniat mbuang byi mrk supaya terbaca kisah sedih ini…agar dibukakan minda dan hati mrk utk xmeneruskn niat jahat itu dan mjd manusia yg berperikemanusiaan..

  12. ashh says:

    sanggat menyentuh hati :’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge