Hukum Memberi Daging Korban Kepada Bukan Islam

Hukum-Memberi-Daging-Korban-Kepada-Bukan-Islam.jpg

Hukum Memberi Daging Korban Kepada Bukan Islam | Abu Hanifah, Hassan al-Basri membenarkannya. Imam Malik pula lebih suka mengutamakan orang Islam. Imam Malik menganggap makruh memberikan kulit haiwan korban kepada orang Kristian. Manakala al-Imam al-Nawawi pula menyatakan bahawa harus memberi makan daging sembelihan korban sunat kepada golongan bukan Islam , akan tetapi korban wajib seperti nazar tidak diharuskan. (Rujuk al-Majmu’, Imam Nawawi 8/404).

Mengikut pandangan mazhab Hanbali, harus memberikan daging korban sunat kepada bukan Islam. Sekiranya daging korban wajib, maka ia tidak diharuskan. Menurut pandangan Ibn Uthaimin, seseorang itu boleh memberikan daging korban kepada bukan Islam selagi orang kafir itu tidak memerangi orang Islam.

Fatwa dari Lajnah Da’imah lil Buhuth al-A’lamiyah wa al-Ifta’ berpendapat harus memberi makan daging korban kepada orang kafir yang membuat perjanjian damai , juga boleh memberikan kepada bukan Islam yang miskin, kaum kerabat, jiran.

Ringkasnya, ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian menyatakan haram, makruh, dan harus. Namun sesuatu yang tiada khilaf ialah keutamaan hendaklah diberikan kepada orang Islam.

SUMBER

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge