Hukum Masuk Gereja

Hukum-Masuk-Gereja.jpg

Hukum Masuk Gereja | Assalamualaikum wrm wrbt. Apa hukumnya bagi seorang muslim memasuki gereja? Sekian Terima Kasih.

Jawapan.

Hukum Masuk Ke Gereja 
Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.

Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana’ jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

3. Yang Mutlak Diharamkan

Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:

Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

15 thoughts on “Hukum Masuk Gereja”

  1. Info yg patut umat islam tahu. Nice. Saya pernah membangkitkan soalan nie dalam page UAI sebab pernah sekali tu saya masuk dalam tokong untuk shoot fotografi. jawapan yg saya dapat spt diatas. makhruh.
    Aniqbukhary32 recently posted…Kalau Allah tu betul-betul penyayang, kenapa cipta neraka?My Profile

  2. aniq : perkongsian bersamakan. sebab admin pun tertarik dengan info tersebut.
    Nurul Syarafina recently posted…Smartwatch Samsung Galaxy GearMy Profile

  3. Shiaralda says:

    Plez la jenguk blog saya….just troll troll jerk……

  4. SabahBOY says:

    BODOH PUNYA BLOG ! RACIST HABIS ! kamu kata agama kristian ni kafir? gini kah ajaran islam yang selalu merendahkan agama orang lain? bukankah kita semua diajar untuk menghormati agama orang lain ?

    1. Dr Fuh says:

      Kafir = agama selain agama Islam..

      maksudnya umum..takkan saya nak listkan 1-1 agama selain agama Islam dalam dunia ni..harap saudara faham..
      Dr Fuh recently posted…Filem Paku Pontianak 2013My Profile

    2. Adam Choo says:

      sakai lah kau SabahBoy

    3. Wau says:

      SabahBoy,itulah adat istiadat orang islam…Selain islam,bagi mereka yg menganutnya,semua mesti dianggap kafir oleh mereka.. Dan ini bukan nak cakap racist la,cuma itu adat agama bagi mereka…walaupun agak tidak selesa untuk didengar,kita semua tidak boleh juga marah sebab kata2 kamu sendiri,”hormat menghormati agama lain”…Agama mereka menganggap yg bukan islam tu kafir,so kafir la kita….dan begitu juga contohnya buddhism yang adat agamanya adalah dilarang makan daging…pokoknya biarlah apa yang orang di luar tu semua,yang penting kita percayakan agama diri sendiri,dan hormat orang lain punya agama..Nescaya berkat Tuhan tetap bersama kita,kan SabahBoy, Dr Fuh dan Adam Choo? 😀

    4. Wau says:

      Tapi yg sy sedikit terkilan adalah statement yg di mana ianya menyatakan gereja tempat berkumpulnya syaitan…memang la selain dari islam,semuanya kafir di mata islam kan…tapi jangn la sampai mengatakannya begitu…Sedih melihatnya…Hendak menyatakan keburukan sesuatu tidak bermaksud perlu menyakitkan perasaan orang lain biarpun tidak seagama kan?…Mohon maaf jikalau terkasar bahasa~~

      1. Dr Fuh says:

        maaf jika ayat tersebut membuatkan saudara/saudari tersinggung..tetapi itu adalah yang tertulis di dalam hadis-hadis riwayat yang mana itu adalah rujukan lain bagi umat Islam slain rujukan utama (Al-Quran). Jadi perkara ini tidak perlu disembunyikan kerana untuk menegaskan kepada umat Islam KENAPA UMAT ISLAM TIDAK DIGALAKKAN MEMASUKI GEREJA. jika perkara ini tidak dijelaskan, pasti ada dikalangan umat Islam mepertikaikan KENAPA?

        harap saudara/saudari jelas..
        Dr Fuh recently posted…Tokoh Penterjemah Al-Quran Ke Bahasa JepunMy Profile

        1. Anonymous says:

          sepertinya bukan saja mengajar tentang kebaikan tetapi juga mengajar tentang keburukan tentang agama lain. perlukah menjatuhkan nama agama lain semata-mata utk menaikkan nama agama sendiri? perkataan syaitan itu bagi saya keterlaluan. mana2 agama pun tidak dapat menerima kenyataan sedemikian termasuk agama kamu sendiri. coba jika saya mengatakan perkara buruk tentang agama kamu sdh pasti kamu tidak menyukainya. kata org buat baik dibalas baik dan begitula sebaliknya. jika masing2 saling memburukkan agama pasti kesudahannya pergaduhan dan lebih teruk peperangan. saudara/saudari, jika kennyataannya,”tmpt b’kumpul syaitan”, sepertinya,mksud gereja itu adalah rumah syaitan. bukankah itu satu penghinaan?. lebih elok dan sopan rasanya jika perkataan ”syaitan” itu ditukar dngn perkataan ”haram” sahaja. contoh; gereja adalah tmpt ”haram” bgi islam. maaf jika terkasar bahasa.ini cuma pendapat peribadi saya.

  5. firoHAR says:

    info yg berguna..thanks for sharing k..
    firoHAR recently posted…Bestnya merdeka Raya 2013…My Profile

  6. vcore says:

    nice sharing….

  7. Yo Zan says:

    lain kali bagi la kredit kat website asal..ni main copy paste je..curi penulisan orang..nampak sangat tulisan tu bahasa indonesia

    1. World WarZ says:

      Biarlah..
      Perkhabaran yang berguna yang ramai mungkin tidak tahu atau belum tahu yang nak disebarkan apa salahnye disampaikan pada sesiapa walaupun dengan cara kopi dan pes.
      Lagi pun hak cipta tak dipelihara pun kat dunia maya nie hehehe..

      Kekaseh ku MAYA dari kaum Maya

  8. nurul aina nabilah says:

    tak salah kalau nak masuk …..asalkan orang itu..kuat iman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge