Hukum Cium Tangan Bukan Islam

Hukum-Cium-Tangan-Bukan-Islam.jpg

Hukum Cium Tangan Bukan Islam | Soalan 1 : Apa hukum cium tangan semasa bersalam dengan guru bukan muslim, adakah itu boleh?

Kisah ini pernah saya dengar dlm kuliah tapi tak pasti bila, Nabi sendiri salam tangan guru baginda yg mengajar menjahit, benarkah cerita ini?

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Berkata Imam Nawawi Rahimah swt dalam kitab Al-Azkar pada Bab Masalah Berbagai Pada Bab Salam : “Dan jika mencium tangan itu kerana kekayaannya atau kerana dunianya atau kerana hartanya atau kerana kuasanya atau kerana pangkatnya disisi ahli dunia dan yg seumpamanya maka yg demikian adalah sangat dibenci dan berkata Imam Mutawali dari Ashab kami tiada harus ia dan memberi isyarat kpd haram hukumnya. Dan berkata Imam Nawawi pd kitab Raudhah yg zahir hukumnya adalah haram”. Rujuk Kitab Al-Futhuhat Rabbaniyyah juzuk 3 ms. 379.

Hukum tersebut ialah berkenaan mencium tangan orang Islam.

Soalan 2 : Apa pandangan ustaz tentang pelajar Islam mencium tangan guru yang bukan Islam?

UAI : Menurut setengah ulamak, harus murid memberi hormat kepada guru bukan Islam dgn cara berdiri hormat sahaja bukan dengan mencium tangan.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Hukum Cium Tangan Bukan Islam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge