Hebat! Seekor Anjing Mengembala Kambing Di Sebuah Ladang

Hebat! Seekor Anjing Mengembala Kambing Di Sebuah Ladang

Hebat! Seekor Anjing Mengembala Kambing Di Sebuah Ladang | MENYUSURI kawasan tanah ladang yang kering kontang di Gababis, Namibia, seekor anjing gembala Anatolia, Bonzo mempunyai satu fokus iaitu melindungi sekumpulan kambing daripada pemangsa.

Anjing jantan itu melalui seluruh kawasan, menghidu udara sekeliling dan berlagak seperti pengawal peribadi yang bersedia menangkis sebarang ancaman terhadap kambing-kambing bawah jagaannya yang dianggap keluarga.

Bonzo datang daripada baka anjing menjaga ternakan yang digunakan selama beribu-ribu tahun lampau di tengah Turki. Ia bukan setakat menyelamatkan kambing dan biri-biri, tetapi membantu menyelesai masalah penurunan bilangan harimau cheetah dengan mengurangkan konflik antara peladang dan pemangsa.

“Ia merupakan kaedah pengawalan haiwan perosak tidak berbahaya, malah bersifat mesra alam, menggembirakan dan satu penyelesaian sama menang,” kata wakil Tabung Konservasi Cheetah (CCF), Laurie Marker. CCF membiakkan anjing-anjing baka itu berdekatan utara bandar Otjiwarongo.

Anjing-anjing diletakkan bersama-sama kawanan kambing ketika berusia beberapa minggu bagi mewujudkan ikatan dengan haiwan ternakan tersebut. Kedua-dua jenis haiwan itu kekal hidup bersama, si anjing setia untuk keluar bersama-sama setiap hari bagi menghalang pemburu dan turut sama tidur dengan kambing pada waktu malam.

Biak anjing

Pusat milik Marker mula membiakkan anjing-anjing untuk ternakan itu bagi mempromosi peladangan mesra cheetah selepas hampir 10,000 ekor kucing besar itu dibunuh atau dihalau keluar ladang sekitar tahun 1980-an.

Dalam setahun sebanyak 1,000 ekor cheetah dibunuh oleh para penternak yang melihat haiwan itu sebagai pembunuh ternakan.

“Kami melihat antara 80 hingga 100 peratus penyusutan kerugian haiwan ternakan akibat pemangsa apabila penternak mempunyai anjing,” kata Marker.

Sejak 19 tahun kebelakangan ini, lebih kurang 450 anjing telah pun berada di ladang-ladang dan lebih 3,000 orang penternak dilatih.

Kini, terdapat senarai menunggu selama dua tahun untuk anjing-anjing sama ada anjing gembala baka Anatolia atau Kangal. Malah program tersebut dikembangkan ke negara-negara lain yang turut mempunyai masalah sama.

Joubert sekarang sedang melatih anjing Kangal berusia empat bulan, !Nussie. Namanya bermula dengan tanda seru (!) yang merupakan tipikal bagi nama-nama orang Namibia.

Anak anjing yang dipenuhi bulu-bulu pendek itu belajar menjadi pengawal dengan keluar bersama-sama kambing setiap hari sambil dikawal manusia dan tidur dengan haiwan ternakan itu pada waktu malam.

Anjing betina itu mendapat masa selama setengah jam pada waktu petang untuk bermain.

“Ia mesti kaitkan dirinya dengan kambing, ia mesti menjadi kambing dan berasa sebahagian daripada kumpulan itu. Itu merupakan perkara penting saya fikir untuk memastikan anjing-anjing ini dapat melindungi haiwan ternakan,” ujar Joubert yang tampak amat berbangga dengan anjingnya.

Kehadiran anjing dan salakan yang menakutkan selalunya sudah cukup untuk menghalang pemangsa yang akan memilih untuk menyerang kawanan kambing tanpa penjaga.

“Anjing akan menyerang jika ‘pemburu’ tidak berundur. Jikalau pemangsa datang, anjing akan melawan balik dan bertahan sehingga ke akhir,” kata Marker.

Hebat! Seekor Anjing Mengembala Kambing Di Sebuah Ladang

Pembunuh

Perbalahan antara anjing dan cheetah sangat jarang berlaku, kebanyakan yang menyerang ternakan selalunya dalam keadaan terdesak seperti sedang mengalami kecederaan.

Ironiknya, biarpun cheetah dilihat sebagai pembunuh haiwan ternakan, analisis terhadap penurunan itu menunjukkan hanya lima peratus yang menyerang ladang binatang.

“Kadangkala ia menyerang ternakan, tetapi persepsi bahawa membunuh binatang ternakan sebagai makanan ruji cheetah adalah amat salah,” kata pakar konflik manusia dengan haiwan liar, Yayasan Alam Semula Jadi Namibia, Gail Potgieter.

Bilangan cheetah mencecah angka paling rendah pada tahun 1986 iaitu sebanyak 2,500 ekor, tetapi populasi sekarang berpotensi meningkat hampir 4,000 ekor sekali gus menjadi populasi cheetah liar tertinggi di dunia.

Cheetah masih lagi berhadapan ancaman dari ladang yang diserang oleh haiwan itu dan masih lagi belum mempunyai anjing kawalan.

Sungguhpun begitu, bagi penternak kecil, anjing-anjing telah membuktikan ia berbaloi.

“Bagi jenis perladangan haiwan ternakan yang dijalankan di Namibia, ia merupakan penyelesaian paling baik yang ada,” kata Potgieter yang pernah menguruskan program anjing CCF. – AFP

Sumber

The following two tabs change content below.

Comments

comments

9 thoughts on “Hebat! Seekor Anjing Mengembala Kambing Di Sebuah Ladang”

  1. dekat Malaysia xleh buat cara ni
    blogger lelaki recently posted…4 Penulis Blog Di Penjara Hina IslamMy Profile

    1. kucinghitam says:

      xpayah la kat malaysia kandang jer bukan ada padang besar pun nak lepas kambing nie
      kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  2. vcore says:

    hebat anjing nih

  3. Ezad Skytech says:

    hebat anjing ni jadi guard….hee
    Ezad Skytech recently posted…Film Review : The InternshipMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kan guard yg xpayah bayar just bagi makan jer kurang kos hehe
      kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  4. amir zahari says:

    bela anjing untuk mengembala dibolehkan kan?
    amir zahari recently posted…Pelik Ikan Muka KhinzirMy Profile

  5. kucinghitam says:

    nie baru la betul bela sebab ada kegunaan bukan sebab comel pastu main jilat2 muka bagai
    kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  6. baby comel says:

    utk jadi pak guard takpe kan.. jangan la dicampurkan sama, makan pakai tidur..
    baby comel recently posted…Bila Diserang MalwareMy Profile

  7. idatimalek says:

    bagus..bijak anjing ni
    idatimalek recently posted…Cerpen : Penakut (Part 1)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge