Hazury Idola Kepada Anak Anak Muda

Hazury Idola Kepada Anak Anak Muda. si cilik Hazury anak Terengganu rakaman lagu Penghibur Jalanan di Youtube dan berjaya mendapat sebanyak 49,369 tontonan.

Hazury Idola Kepada Anak Anak Muda | Selepas Tegar, kini Hazury Muncul dengan single terbarunya Warisan dibawah terbitan KRU Studio. Sekarang ini tidak susah untuk menempa nama di dalam industri kita, cuma kena berani dan inshaAllah akan naik.

Hazury Idola Kepada Anak Anak Muda

PERKEMBANGAN arus teknologi terkini melahirkan ramai bakat baharu menerusi laman sosial terutamanya menerusi Youtube.

Kita boleh lihat bintang-bintang Youtube lahir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Antara yang mencipta nama melalui laman ini, Yuna, Najwa Latif, Ainan Tasneem, Tasya Manshahar dan ramai lagi.

Bakat mereka diperakui dan berjaya melahirkan single malah ada yang berjaya diperingkat antarabangsa.

Sekarang muncul pula si cilik Hazury anak kelahiran pantai timur (Terengganu) yang membuat rakaman lagu Penghibur Jalanan yang dimuat-naik ke laman Youtube dan berjaya mendapat sebanyak 49,369 tontonan.

Kebolehan Hazury menarik perhatian KRU Music untuk memperkembangkan lagi bakatnya.

Anak kecil yang baharu berusia 9 tahun ini mempunyai kekuatan vokal tersendiri, mampu bermain gitar dengan baik, berkebolehan mencipta lagu serta liriknya sendiri.

Kebolehan sebagai komposer termuda juga dapat didengar menerusi lagu Penghibur Jalanan.

Sedikit mengenai latar belakang Hazury, dia dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai bakat seni yang diwarisi daripada bapanya Harrith yang merupakan pencinta seni.

Anak ketiga daripada empat beradik itu menjurus ke genre pop rock apatah lagi idolanya adalah Ramli Sarip dan Wings.

Pendedahan Hazury ke dunia seni bermula apabila Harrith menghadiahkan sebuah gitar sempena hari jadinya yang keenam.

Apa yang mengagumkan, Hazury hanya mengambil masa tiga bulan memahirkan diri dalam bermain gitar sambil menyanyi atas tunjuk ajar bapanya.

Di bawah bimbingan penerbit dan komposer prolifik, Edry Abdul Halim; Hazury merakamkan single pertama yang berjudul Warisanmu ciptaan Yusry Abdul Halim yang dibuat khas untuk Hazury. Menerusi Warisanmu kita diperdengarkan keindahan lagu mengenai kasih sayang antara anak dan bapa serta ikatan kekeluargaan.

Sebutan yang tersendiri dengan terselit loghat Terengganu mampu menarik perhatian ramai dengan keikhlasan penyampaian kanak-kanak berbakat ini.

Pada 5 Februari ini, lagu Warisanmu akan dimuatnaikkan secara rasmi di rangkaian Youtube KRU Music.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments