Hari Jadi Bertukar Menjadi Hari Tahlil

image.jpg

Bak kata orang orang tua, jangan gembira sangat nanti akhir sekali mesti menangis, sama macam tajuk di atas, terlalu gembira akhirnya menitiskan air mata. Ikuti kisah lanjut :

Hari Jadi Bertukar Menjadi Hari Tahlil | KOTA TINGGI – Dua beranak maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan dua kereta di Kilometer 76 Jalan Johor Bahru-Mersing, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Anwar Razali, 32, dan anaknya, Nurul Elyanatasha Mohamad Anwar, 9, dari Felda Tenggaroh 5, Mersing, maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum dirempuh kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, siasatan awal mendapati, motosikal terbabit terjatuh di laluan bertentangan ketika melalui satu selekoh di jalan berkenaan.

“Situasi itu menyebabkan dua kereta iaitu Proton Wira dan Proton Persona yang melalui laluan itu tidak sempat mengelak lalu melanggar penunggang dan pembonceng motosikal yang berada di atas jalan raya.

“Mangsa meninggal di tempat kejadian, manakala bapanya meninggal ketika mendapat rawatan kecemasan di Hospital Kota Tinggi (HKT). Kedua-dua pemandu kereta terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya semalam.

Rahmat berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jenazah dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 5.

Sementara itu, adik mangsa, Fadzil Razali, 26, berkata, pada hari kejadian sekitar jam 9 pagi, dia ada menemani abangnya yang menunggang motosikal secara berasingan dengan Nurul untuk membeli kek sempena hari lahir anak saudaranya semalam.

“Kami sempat bersarapan roti canai di warung berhadapan Kilang Sawit Kim Long di Batu 7 Jalan Mawai sebelum singgah di Gedung HM di Bandar Kota Tinggi untuk membeli kek buat Nurul.

“Saya lihat kek berwarna ungu itu dibungkus dalam sebuah kotak lalu dipangku Nurul yang membonceng bapanya.

“Dalam perjalanan pulang, saya melihat motosikal abang saya hilang kawalan ke arah jalan bertentangan dan jatuh sebelum dilanggar dua kereta. Ketika itu saya berada kira-kira 100 meter di belakang anak beranak itu.

“Sepatutnya hari ini (semalam) selepas sekolah, kami meraikan hari jadi Nurul bersama saudara mara lain, tetapi bertukar menjadi kenduri tahlil dua beranak itu,” katanya.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Hari Jadi Bertukar Menjadi Hari Tahlil”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge