Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal September 2014

Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal September 2014. Harga Lesen Motor Mulai 1 September 2014, Harga lesen memandu terkini di Malaysia

Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal September 2014 | Dah lama sebenarnya Dr Fuh tak ambil tahu tentang harga terkini lesen memandu kereta dan motosikal di Malaysia ni. Al-maklum lah ambil lesen kereta motor ni sekali sahaja seumur hidup kalau dah lulus. Tadi terbaca satu artikel tentang harga terkini lesen ni, tercengang sekejap tengok harganya. Lesen kereta dah mencecah seribu ringgit. Kemudian berbeza pula harga lesen kereta manual dengan lesen kereta auto.

Walau bagaimanapun, harga lesen memandu terkini ini diberitakan masih lagi diparas terkawal. Sebelum ini ada ura-ura mengatakan JPJ dan kerajaan Malaysia akan menaikkan harga lesen memandu kereta sehingga mencecah RM2000 manakala lesen memandu motosikal mencecah RM1000. Namun ianya sekadar khabar angin.

Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 15 September 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerusi laman sosial Facebook rasminya telah memaklumkan harga siling belajar lesen memandu yang berkuatkuasa mulai 1 September 2014. Hal ini berikutan terdapat banyak sekolah memandu di Malaysia meletakkan harga lesen memandu diatas paras harga sebenar dan ianya mendatangkan beban kepada rakyat.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan atau laporan jika mendapati mana-mana Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan kadar harga yang tidak berpatutan. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia turut menegaskan Harga Siling Belajar Lesen Memandu itu perlu dipatuhi oleh semua Institut Memandu dan Sekolah Memandu seperti yang telah dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, Harga Siling Belajar Lesen Memandu tersebut masih tertakluk kepada terma dan syarat. Aduan atau laporan boleh dikemukakan terus secara online ke alamat email [email protected] atau berjumpa terus Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu

Berpandukan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan yang dikeluarkan oleh JPJ ini, institut memandu tidak boleh menaikkan harga lesen sesuka hati meskipun sudah melabur banyak dalam menaik taraf premis masing-masing.

Berikut adalah kenyataan dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan juga harga terkini lesen memandu kereta dan motosikal berkuatkuasa 1 September 2014.

Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal September 2014

Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal September 2014. Harga Lesen Motor Mulai 1 September 2014, Harga lesen memandu terkini di Malaysia

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments